15 | after school.

100 11 9
                                    

SUDAH sahaja kelas tambahan subjek Matematik Tambahan, Fakira bergegas mengemas buku-buku dan kotak penselnya ke dalam beg. Jam tangan di pandang sekilas, nak memastikan sekarang sudah pukul berapa.

6:40 petang.

Habis sahaja sekolah dari jam 2:10 sehingga 6:40 mereka pelajar Tingkatan 5 berada di sekolah selepas sekolah untuk hadir ke kelas tambahan Cikgu Airin. Terpaksa? Tidak, ini semua untuk berjaya di dalam SPM.

Kadang, kita perlulah berkorban untuk sesuatu. Kemungkinan di masa akan datang, perkara yang lebih baik akan berlaku. Mana kita tahu? Itu semua di tangan Allah.

Fakira menggalas beg sekolahnya, lalu dia melangkah keluar dari kelas. Matanya memandang ke arah langit buat seketika. Nikmat. Dia bersyukur diberi penglihatan untuk melihat cantiknya ciptaan Tuhan ini.

Langit melakarkan awan yang kelihatan gebu seperti boleh di makan. Warna langit yang keoren-orenan itu menambahkan lagi kecantikan lukisan itu.

Kaki Fakira menyambung langkah seperti biasa. Dia menuju ke pintu utama jalan balik ke asrama. Sunyi. Itu yang dia suka. Tiada gangguan.

Sambil melayan kesunyian, Fakira tersentak akibat tersepak batu kecil di tanah.

"Aduh!" Dia jatuh dan lututnya terhentak. Sakit yang amat tidak dapat di katakan melalui ayat. Fakira memegang lutut kanannya dengan perlahan-lahan. Sakit!

Tula, layan healing sangat. Kan dah kena.

"Darah? Habis kain sekolah aku kotor." Fakira membebel sorang-sorang disitu. Batu tadi yang dia tersepak itu di campak jauh-jauh kerana geram.

Fakira cuba bangun, tetapi tidak boleh. Rasa sakit di lutut terasa. Parah parah.

"Need any help?"

Prince charming ke? Tak mungkin.

Fakira mendongak memandang wajah yang menghulurkan lengannya sebagai pemegang untuk dia berdiri. So sweet. Hell no!

"Takpe, tak payah. Aku boleh bangun sendiri, Dzafir." Kata Fakira dengan nada marah.

Sikit-sikit marah la minah ni. Terima jela!

"Serious? Tangan awak pun dah calar. Saya ada pluster dalam beg, nak guna?" Soal Dzafir risau.

Fakira mendiamkan diri. Dia masih cuba untuk bangun. Sudah tiga kali dia cuba, tetapi tidak boleh. Tak nak la nampak lemah depan lelaki ni!

"Sorry ye." Dzafir tampa membuang masa memegang lengan Fakira dan menarik Fakira untuk bangun dari tanah. Lama-lama kotor baju sekolah tu.

Fakira membulat mata. How dare he!

Membuak-buak perasaan marah terbuku di dalam hati. Ni kalau jadi seratus peratus, penampar juga melekat dekat muka Dzafir. Tak suka la pegang-pegang nih!

Dzafir memimpin Fakira ke kerusi yang berdekatan. Fakira pantas duduk dan menjeling wajah naif Dzafir.

"Sorry la. Aku kesian dekat kau nanti kena basuh baju sekolah––"

"Tak payah kesian. Aku yang basuh, bukan kau. Aku yang lenguh, bukan kau. Sibuk je." Fakira memotong ayat Dzafir.

Fakira menghulurkan tangan pada Dzafir.

Dzafir memandang wajah Fakira dengan pandangan tanda tanya. Apa?

"Lah, tadi kata nak bagi pluster. Dah orang minta, dia buat-buat tak tahu pulak. Stress aku hadap kau ni." Kata Fakira sambil mengeluh perlahan.

"Oh! Sorry sorry, kejap." Dzafir membuka zip beg sekolahnya dan dia mengeluarkan pluster yang bercorak bintang-bintang kartun.

This is his taste? Patutla Adrianna ex dia. Lame. Fakira smirk.

Dzafir hulur pluster tersebut pada Fakira sambil mengukirkan senyuman paling gembira sekali. Seronok dapat kasi dekat crush.

Aloloo, comel.

"Thanks." Kata Dzafir.

Aik? Bukan patutnya Fakira yang kena kata ke?

"Aku yang kena cakap thanks, bukan kau. Blur la. Dah blah aa, kau nak tengok aurat aku ke apa?" Fakira menjeling Dzafir semula.

"Okay sorry. Aku pergi panggil warden jap." Fakira hanya melihat Dzafir berlari masuk ke dalam kawasan asrama. Macam model tapi tengah lari. Mengarut je.

to be continued.

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now