14 | the antagonist.

103 9 4
                                    

CERMIN mata di perbetulkan sedikit. Dia memegang kertas-kertas yang perlu di edarkan pada setiap kelas dengan erat. Syafiah yang baru sahaja keluar dari kelas 1D itu kalut-kalut berjalan ke kelas seterusnya.

Fakira? Hanya ikut sahaja. Dia bosan duduk dalam kelas, jadi dia ambil peluang menemani Syafiah mengedarkan kertas-kertas itu.

"Tinggal berapa kelas lagi?" Soal Syafiah seraya dia mengambil satu set kertas yang sudah di tanda itu. Kelas 2A di tuju.

"Lagi tiga kelas. Kelas 2B, 2C dan 2D." Ujar Fakira sambil menyelak set kertas yang di tanda dengan sticky note warna biru itu.

"Mantap. Aku dahaga gila. Jom cepat." Kata Syafiah sambil berlari anak ke kelas seterusnya.

~

KOPERASI sekolah ni semua ada. Cuma kos barangan mahal-mahal. Entah kenapa. Padahal budak-budak suka singgah sini beli makanan ringan.

Fakira beli air kotak milo dan gula-gula sepaket kecil. Cukupla air milo sahaja, dia tak nak bazir duit sangat.

"Nah, kak." Fakira menghulurkan duit pada akak koperasi itu.

Syafiah pula beli air mineral dan keropok potato. Kenyang. Walaupun mereka sudah rehat tadi, tapi Syafiah ni kuat makan.

"Air mineral je? Selalunya kau beli air kotak milo." Soal Fakira hairan.

"Yela, aku nak kumpul duit, ada nak beli barang hehe." Jawab Syafiah.

Fakira dan Syafiah duduk di kerusi batu berhadapan dengan bilik SPBT dan rehat disitu sebentar. Ni bukan fly kelas ye. Jangan salah faham.

"Eh, kau Fakira kan?" Fakira yang ralit menikmati air milo terus berhenti. Dia berpaling dan memandang wajah pemilik suara itu. Siapa?

"Ya, aku Fakira." Jawab Fakira dengan serius. Siapa perempuan ni? Wajahnya seperti dia kenal, tetapi macam tak. Pengawas sekolah pulak tu. Kemungkinan Auni kenal.

"Betullah, dia ni yang Dzafir suka tu." Kata rakannya disebelah. What? Dzafir suka siapa?

"Takla ada rupa sangat. By the way, kau jangan rapat sangat dengan Tengku Dzafir, dia tu suka mainkan hati perempuan je. I'm one of his mangsa." Ujar pengawas perempuan itu dengan intonasi suara gedik. Macam pick me pun ada.

"So, what's the point of telling me all of this? Aku bukan girlfriend Dzafir or whatsoever." Fakira membalas dengan tenang. Play it cool.

Syafiah hanya menjadi penonton di situ. Tidak mahu masuk campur. Dia juga hairan, siapa pengawas sekolah ni? Sibuk betul nak kacau Fakira.

"Aku dengar dia suka kau. Aku just nak remind jela. That's all. Jom Yana, aku nak beli ice cream. Nak sejukkan hati yang tengah panas ni." Pengawas itu dan Yana terus berjalan masuk ke koperasi.

Fakira rasa marah. Cara perempuan tu bertutur pun sudah tahu yang dia sedang mencari pasal. Marah. Geram. Semua emosi terkumpul dalam hatinya.

"Kau kenal dia, Fakira?" Soal Syafiah. Dia turut bingung, apa function perempuan tu bagi warning dekat Fakira pasal Dzafir. Lagipun, mamat tu dah takda kena mengena dengan Fakira. Diorang tak couple pun.

Seriously, she's a pick me. Period.

"Ex-girlfriend Dzafir kot. Aku ada dengar dari kawan asrama aku, yang Dzafir dulu pernah couple dengan budak kelas 5 Account ni. Aku rasa pengawas tu nama, Adriana dan kawan dia tu nama Liyana." Kata Fakira panjang lebar.

Syafiah mengangguk tanda faham.

Mereka berdua hanya minum air yang di beli tadi sehingga habis dan buang ke dalam tong sampah.

"Jom lah balik kelas. Nanti cikgu marah pulak keluar lama-lama." Kata Syafiah sambil menarik Fakira untuk berjalan sekali.

The antagonist is here.

to be continued.

sibuk jela adriana tuuu

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now