FAKIRA mencari-cari novel di perpustakaan. Selalunya akan ada beberapa novel yang seronok, tetapi harini hari malangnya. Tiada satu pun yang menarik perhatiannya.
Sunyi.
Pepustakaan sunyi, tiada orang. Nasib kelasnya tiada cikgu, jadi dia minta izin ketua kelas nak keluar pergi ke pepustakaan ni. Kalau duduk dalam kelas lama-lama stress dengar classmate bising. Macam duduk dalam zoo!
Apalah nasib dapat rakan sekelas macam diorang.
Fakira memandang ke atas, terdapat sebuah novel yang mempunyai tajuk yang menarik. Dia menjengket sedikit untuk mencapai. Tidak sangka dia sependek ini.
Fakira melompat. Mengjengket. Nak guna kerusi dalam perpustakaan, tapi pengawas perpustakaan marah pula. Serabut!
Dia cuba memijak dan berdiri di atas kasutnya untuk menambah ketinggian. Tak boleh juga. Payah le.
"Nak aku tolong?" Lelaki itu terus mencapai novel itu dan menghulurkan pada Fakira.
Mata Fakira memandang novel tersebut, kemudian dia memandang ke arah wajah yang menghulurkan novel itu.
Dzafir?! Alamak.
"Terima kasih." Ujar Fakira perlahan seraya mengambil novel yang dihulurkan itu. Dia tidak suka. Tidak suka bertembung dengan jejaka dihadapannya itu. Fakira rimas.
"Sama-sama." Balas Dzafir. Wajah Dzafir terukir senyuman ikhlas. Ikhlas dari hati.
Fakira tanpa membuang masa terus memakai semula kasutnya kalut-kalut. Tak nak tengok wajah mamat tu lagi.
Dia terus berdiri dan meluru berjalan ke kaunter untuk membuat peminjaman novel itu.
"Hi. Nak pinjam novel ni." Kata Fakira dengan tenang. Hatinya masih terasa marah. Marah atau tidak puas hati? Itu dia tidak tahu. Perasaannya sekarang sememangnya mengelirukan. Semua pelik.
"Nah. Nanti pulangkan ikut tarikh yang saya tulis dekat belakang tu ya. Terima kasih." Kata pengawas perempuan itu dengan senyuman yang manis.
Fakira hanya mengangguk dan meluru keluar dari perpustakaan tersebut.
Sambil berjalan adala dia perasan ikatan tali kasutnya terbuka. Nak ikat, tapi malas. Sampai kelas baru nak ikat.
"Tunggu!" Jerit seseorang. Suaranya tidaklah kuat mana, tetapi melalui pendengaran Fakira, orang tu sedang menjerit.
Fakira berpaling ke belakang. Siapa pula?
"Erm, ikatan tali kasut kau terbuka tu. Nanti tersadung pula. Tu je. Bye." Ya, itu Dzafir. Dzafir terus beredar dari situ, takut Fakira berasa tidak selesa.
Fakira tidak mahu akur dengan amaran Dzafir. Dia tidak suka di arah.
Tinggi betul ego Nur Fakira Sufia ni. Apa salahnya ikut sikit?
-to be continued.
dalam tak suka, nanti tersuka pula hehe🫣
YOU ARE READING
C | TOD (TRUTH OR DARE)
Teen Fiction#BOOK_3 I choose dare to know the truth in your heart. ©️cikanggun | 2023 [Based on a true story] cover by @yourainynight <33 ‼️short story & short chapters‼️