25 | her happiness.

110 10 8
                                    

DARI pukul lima Fakira duduk di bus stop. Sekarang sudah setengah jam berlalu. Fakira menunggu ayahnya datang ambil, tapi masih belum sampai. Dia berasa bosan jadi dia bercadang untuk membaca novel yang dia bawak selama ni, tetapi masih belum dibaca dan di sentuh. Masih elok dengan plastik seperti baru keluar dari kedai buku.

Haruman kertas dari novel menyenangkan jiwa Fakira.

Kusyuk dia membaca sehinggakan tidak sedar akan kehadiran Tengku Dzafir di sebelah. Dzafir duduk di sebelah Fakira dengan sedikit jarak.

Fakira tersenyum apabila terbaca sesuatu yang lawak dan kemudian dia ketawa.

Dzafir hanya memandang wajah Fakira dari tepi dengan penuh rasa suka. Dia tidak akan lupa wajah seorang Nur Fakira Sufia. Tidak.

"Sufia." Ujar Dzafir lembut. Selembut-lembutnya sehinggakan Fakira terus berpaling ke tepi.

Mereka berdua bertentangan mata.

"Dzafir? Kau buat apa dekat sini?" Soal Fakira hairan. Novel yang di baca terus di tutup dan di letak di sebelahnya. Wajah Dzafir di tatap lama, mahukan jawapan.

"Saja. Teman kau." Kata Dzafir seraya mengukirkan senyuman paling manis sekali. Jantung Fakira berdegup kuat. Terasa geli di perut. Terasa ingin tersenyum disitu.

"Haha, blah aa. Ni kalau bapak aku tengok nahas dia kerjakan kau." Kata Fakira. Dzafir hanya tersenyum. Dia faham yang Fakira hanya melawak dengannya.

Dzafir hanya tertawa mendengar apa yang Fakira tuturkan. Fakira turut tersengih kerana dia berasa yang ayat yang dia katakan tadi itu lawak.

Walaupun mereka berdua sebenarnya tidak mahu menjadikan situasi itu janggal.

"Semoga perjalanan kau ke UK selamat tau. Aku doakan yang terbaik untuk kau." Ujar Dzafir seraya mengeluh panjang selepas itu. Dia terus memandang ke arah lain, tidak mahu melihat wajah Fakira yang sedang memandangnya dengan perasaan terkejut.

"K-Kau tau? Eh kejap, kenapa aku perlu terkejut. Haha. Pelik betul." Kata Fakira. Dzafir hanya mendiamkan diri selepas itu.

Masing-masing melayan perasaan sendiri pada waktu itu.

Jejaka itu sudah berusaha untuk mendapatkannnya, namun, wanita itu masih di dalam dunianya sendiri tanpa memikirkan hati dan perasaan si jejaka. Sememangnya sakit, tetapi apa boleh buat, wanita itu masih tetap dengan pendiriannya. Dia mahu berdiri teguh bersinar sendirian.

Tiba-tiba Dzafir berdiri. Dia pandang wajah Fakira dengan lama kali ini. Fakira yang terkejut hanya memandang Dzafir. Kenapa harini mereka banyak bertentangan mata?

Waktu berlalu seiringan dengan angin yang bertiupan menghempas wajah Dzafir dan Fakira. Angin yang sejuk tetapi masih boleh di terima, seperti mana Dzafir menerima Fakira yang hatinya sejuk seperti ais batu, tetapi mesih lembut di pabila bersamanya.

"Kenapa susah sangat kau nak terima aku, Sufia? Ke kau selama ni memang tak nampak yang aku suka kau gila gila?" Soal Dzafir. Matanya kelihatan merah. Ya, semuanya kerana wanita yang cantik di hadapannya itu.

Sayang dan marah bercampur menjadi satu. Dia terlalu marah pada Fakira kerana tidak nampak yang dia selama ini menyukainya dengan serius, tetapi perasaan sayang hanya merelakan layanan yang Fakira berikan kepadanya. Tengku Dzafir Afwa tidak kisah!

"Aku-"

"Lepastu kau nak tinggal aku macam tu dekat sini? Kau memang kejam sayang. Ya, sayang. Aku sayang kau!" Lori lalu di jalan raya itu menyebabkan ayat terakhir yang Dzafir tuturkan terdengar perlahan, tetapi Fakira tahu apa yang Dzafir katakan. Akan tetapi dia buat-buat tidak tahu.

Kenapa Fakira?

Kali ini Fakira berdiri. Beg galas di galas dengan rapi sekali. Dia memandang kereta ayahnya yang baru sahaja sampai itu. Kemudian dia terus memandang wajah Dzafir yang tidak lepas memandangnya.

Beg roda yang besar itu di pegang dan Fakira hanya mengluarkan keluhan yang perlahan. Sebenarnya, dia tidak nak memberi respon apa. Ini semua baru baginya.

"Aku nak cakap satu je Dzafir. You're the most softs-poken person I've ever met and I wish you will find a better person. Aku bukan taknak bagi jawapan, tetapi, aku taknak sakitkan hati kau." Balas Fakira panjang.

"Tapi aku sanggup tunggu kau Fakira! Berhari-hari ataupun bertahun-tahun!" Ujar Dzafir seraya menapak ke hadapan sedikit. Fakira tersenyum lembut.

"Tak. Kau takkan mampu Dzafir. Impian aku tengah panggil Dzafir. Aku nak kejar impian aku. Kau boleh move on dan teruskan daily life kau seperti biasa. Jangan tunggu aku. Aku dah pesan." Kata Fakira. Dia melangkah ke arah kereta ayahnya dengan perlahan-lahan. Entah kenapa rasa bersalah terhimpun di dalam hati. Mahu sahaja dia meminta maaf dan kata pada Dzafir untuk menunggunya.

Dzafir terasa basah sahaja pipinya. Dia lap air matanya dan menarik nafas dalam-dalam.

Fakira menapak masuk ke dalam kereta ayahnya dan terus melihat Dzafir yang masih berdiri disitu. Tidak bergerak, hanya memerhati dirinya berlalu pergi.

Dzafir tersenyum dan hanya menghantar Fakira pulang bersama hatinya. Walaupun Fakira tidak menerimanya, dia tidak kisah. Dia sudah agak semua ini akan berlaku.

Fakira hanya sandarkan kepalanya ke belakang dan mengelap air matanya yang jatuh itu. Dia pura-pura tidur, tidak mahu ayahnya nampak wajah yang sedih itu.

"Like rain, I fell for you." Mata di pejam dengan rapat sekali.

And the rain go away after the sun came.

"I love you. Forever." Rambut di raup ke belakang.

-THE END-

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now