11 | we talked.

109 12 6
                                    

MINGGU ini pelajar asrama pulang ke rumah masing-masing. Fakira seperti biasa menunggu ayahnya sampai. Entah kenapa harini lambat, selalunya mesti ayahnya akan sampai awal. Mungkin ada hal.

Fakira tak nak berfikiran negatif. Kalau fikir bukan-bukan nanti jadi betul macam mana? Dia tak nak kehilangan keluarga. Dia hanya mampu berdoa semoga ayahnya sampai ke sini dengan selamat. Itu paling penting.

Satu persatu pelajar asrama sudah pulang. Tinggal Fakira berseorangan di tempat perhentian bas itu. Sunyi. Ini yang membuatkan Fakira lagi suka. Dia memikirkan peperiksaan yang ramai pelajar Tingkatan Lima nantikan. Minggu depan sudah mula peperangan akhir buat pelajar Tingkatan Lima.

Fakira buntu. Adakah dia boleh membanggakan kedua ibu dan ayahnya? Orang tuanya itu meletakkan harapan padanya. Beban itu sungguh terasa di mana-mana sahaja.

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiupan menyapa wajah Fakira. Tudungnya beralun mengikut rentak angin. Sejuk dan tenang, itu yang membuatkan Fakira tersenyum. Tuhan tahu akan kesedihan itu.

Fakira hanya mengeluh perlahan dan dia mengangkat kakinya untuk bersila, lebih selesa bergitu. Lantaklah dia memakai baju kurung pun, tiada orang. Tiada siapa nak tengok.

"Tak balik lagi ke?"

Terkejut Fakira. Siapa pula datang tegurnya ni? Mata Fakira bergerak memandang ke arah susuk tubuh yang sedang duduk berjauhan darinya.

Rambut kerinting. Mata sepet. Berpakaian baju jersey yang tertulis namanya. Kulit hitam manis. Tinggi dan kurus itu pasti.

"Tak eh, tengah balik la ni." Jawab Fakira sambil tersenyum sinis. Soalan apa ni? Terang-terang dia sedang duduk menunggu ayahnya, boleh pulak dia tanya.

Pelik betul Tengku Dzafir ni.

"Sorry." Dzafir terus mendiamkan diri. Tidak mahu mengganggu Fakira.

Fakira hairan mamat tu tak bercakap langsung. Adakah dia terasa? Tidak mungkin lah.

"Fakira. Boleh aku nak tanya sesuatu?" Soal Dzafir. Dia agak berdebar nak menanyakan soalan yang terbuku di dalam hatinya itu.

"Ha, tanya la." Kata Fakira dengan wajah yang serius. Dzafir tersenyum.

Harini. Dia bercadang nak meluahkan semuanya. Dia sudah berfikir panjang. Harini adalah yang sesuai. Sebenarnya dia sengaja menunggu sehingga lewat, semata-mata nak berjumpa dengan Fakira tanpa pengetahuan orang lain.

"Apa yang lama sangat fikir tu? Tanya jela, lama-lama siapa nak tunggu." Marah Fakira. Menyampah betul. Itu yang Fakira fikirkan sekarang. Dia tidak suka menunggu-nunggu ni.

"Aku sebenarnya nak tanya pasal surat tu. Aku dah tahu kau yang bagi." Kata Dzafir.

"Kan aku dah cakap, jangan percaya sangat. Aku ingat kau dah faham." Ujar Fakira dengan intonasi marah, tetapi marahnya masih boleh di kawal.

"Kawan-kawan dalam kelas selalu borak pasal hal tu." Ujar Dzafir lagi. Dia agak malu ingin meluahkan, tetapi dia terpaksa juga. Minggu depan mereka akan menghadapi SPM. Dia hanya mahu luah sahaja, tidak mengharapkan jawapan.

Dzafir sanggup menunggu seberapa lama pun.

"Hal apa pulak ni?" Soal Fakira hairan. Pasal surat tu pun nak borak ke?

"Pasal..erm." Dzafir teragak-agak nak berkata.

'Aik tak kan mamat ni malu? Soft boy ke?' Kata Fakira di dalam hati. Fakira memandang wajah Dzafir yang sedang senyap itu.

"Pasal apa?" Tanya Fakira lagi.

-to be continued.

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now