24 | overseas.

78 9 0
                                    

PIPI dicubit berkali-kali. Tidak mungkin. Ini semua mimpi. Fakira cuba menampar pula kedua-dua pipinya. Skrin komputer di pandang dengan lebih teliti, tidak mahu tersalah lihat.

Alhamdulillah.

Itu sahaja yang dia dapat tuturkan sekarang. Fakira terus shut down komputer dan keluar dari makmal dengan hati yang riang. Senyuman tidak hilang dari wajahnya. Berseri-seri!

"Kau serius! Uyoo! Hebatlah kawan aku sorang ni!" Kata Syafiah seraya menunjukkan thumbs up pada Fakira. Auni dan Hanis turut mengangguk setuju.

Tidak sangka dia dapat scholarship untuk belajar ke luar negara. Dia dapat sambung belajar di United Kingdom. Dia bersyukur dengan rezeki yang sangat bermakna ini.

Terima kasih Ya Allah. Itu sahaja yang dia dapat ucapkan sekarang.

"Bila kau ke sana?" Soal Auni.

"Diorang cakap sepanjang cuti ni aku kena pergi kursus dulu. Lepastu baru aku fly ke UK." Jawab Fakira. Dia belum lagi beritahu mak san ayahnya kerana dia duduk di asrama.

Fakira bercadang nak membuat kejutan pada mereka esok, kerana esok pelajar asrama dah boleh pulang ke rumah.

Cepat sahaja waktu berlalu. Dia sudah habis SPM, kemudian dia boleh sambung belajar ke luar negara. Semuanya berlaku dengan pantas sekali. Zaman remajanya akan pergi dengan bergitu sahaja.

"Nanti kalau dah fly ke UK, jangan lupa kitaorang pulak tau." Kata Hanis sambil mengukirkan senyuman.

Siapa je tak sedih kawan sendiri nak sambung belajar jauh. Kalau jauh, tapi dekat-dekay Malaysia tak apa, tapi ni jauh sangat. Sedih sedih.

"Ish, aku janji lah. Aku akan contact korang nanti. Lepastu aku cari mat saleh kat korang sekali." Kata Fakira.

"Janji wey! Aku nak mat saleh yang mata biru-biru tuu! Cantik anak aku nanti HAHAHA." Kata Syafiah, berangan betul.

"Yang penting kau belajar elok-elok la dekat sana. Kau kan nak jadi lawyer. So, jadila lawyer yang bagus." Kata Auni. Kata-katanya sungguh macam budak-budak pandai. Tipikal bergitu.

ASIYAH dan Jasmin sudah tahu tentang berita yang Fakira telah berjaya dapat biasiswa sambung belajar ke luar negara. Mereka berdua turut bersedih dan bangga dengan Fakira.

Guru-guru sekolah semua ucap tahniah pada Fakira dan mendoakan yang terbaik buatnya.

Sesungguhnya, Fakira terasa berat hati pula nak meninggalkan Malaysia. Walaupun masih lambat lagi untuk dia ke sana, tetapi dirinya kemungkinan akan rindukan keluarga dan rakan-rakan di sini.

"Kau dah siap packing? Nampak bersih ja kan dorm, lepasni takdak dahla makan maggie dalam besen." Kata Jasmin. Nostalgia betul. Mereka bertiga hanya memerhati setiap penjuru bilik itu.

"Dah siap awal lagi. Kau je lambat." Ujar Asiyah. Fakira turut mengangguk. Jasmin kalau bab mengemas nak balik, mesti lambat. Banyak sangat kot harta karun yang dia nak bawak balik.

"Wey, Fakira. Kau dah bagitahu Dzafir?" Soal Asiyah pada Fakira.

Fakira diam. Kenapa dia perlu bagitahu pada lelaki itu. Dzafir bukan sapa-sapa padanya. Selama dia kenal Dzafir pun sebab Dzafir sendiri yang approach Fakira.

"Kenapa aku kena bagitahu dia? Dia bukan pakwe aku ke apa. Rapat dengan dia pun tak." Fakira menyoal Asiyah semula. Jasmin dan Asiyah membulat mata.

"Aik, aku tengok korang rapat je." Ujar Jasmin pula.

"Bila masa? Dia yang terhegeh mai dekat aku." Kata Fakira seraya menunjukkan wajah yang bosan. Dia dari dulu lagi bukannya suka sangat dengan Dzafir.

Suka atau diri sendiri yang ego tak nak mengaku?

Jadi selama ini Dzafir sememangnya sedang mengharap dekat sesuatu yang dia tidak boleh dapat? Kasihan betul Tengku Dzafir Afwa.

He deserves better.

He deserves better

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

to be continued.

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now