09 | finishing it now.

110 9 6
                                    

"Woi."

Dzafir berpaling, ingin melihat siapa yang memanggilnya, atau dia hanya perasan sendiri yang dirinya dipanggil.

Tiba-tiba terasa angin datang menyentuh wajahnya. Semuanya terasa sejuk. Semuanya terasa lembut.

Hidung mancung yang terletak elok pada wajah yang serius. Mata yang sedang memerhati dirinya mengerdip dan ia telah membuatkan jantung Dzafir berdegup pantas. Semuanya lengkap. Sempurna.

"Ya?" Itu sahaja yang dapat Dzafir keluarkan dari mulutnya sekarang.

Siapa perempuan yang sedang berdiri di hadapannya sekarang?

"Aku nak kau abaikan semua yang berlaku. Itu je, dah bye." Susuk tubuh perempuan itu terus berjalan pergi dari pandangan Dzafir.

Apa maksud dia? Adakah ini pasal surat cinta tu? Perempuan tu, Fakira Sufia? Jadi betullah dia yang bagi.

"What are these feelings?" Dzafir sendiri tidak tahu apa yang dia rasa sekarang.

~

SELESAI semua masalah. Hidup Fakira akan menjadi aman semula. Lega. Tidak perlu fikir pasal orang yang tidak penting lagi.

"Amacam? Okay? Everything weny smoothly?" Soal Yee Rou bertubi-tubi.

Busybody betul amoi ni. Kesian Fakira tak sempat nak teguk air.

"Okay je. Mamat tu senyap je. Dia faham la tu. Aku lega lepas ni tak dak apa-apa dah. I hope so la.." Ujar Fakira sambil merehatkan kepalanya di atas meja. Rasa mengantuk pula. Macam-macam la.

"Alaa, aku baru seronok nak tengok babak-babak romantik korang hehe." Usik Syafiah. Yang lain hanya ketawa kecuali Fakira. Menyampah tahu tak!

"Eleh, kau tu pun sama la, ada crush tapi tak reti nak confess!" Kata Auni pada Syafiah.

"Hey! Dia ada makwe dahla! Aku taknak jadi perampas pula, kita respect ma relationship orang. Aku tengok-tengok camtu je, tak lebih. Lagipun, mamat tu dah keluar sekolah, tak nak la gamon." Panjang lebar Syafiah menjelaskan masalah yang tak berapa masalah itu.

"Iye iye je kau ni. Kau tu, girlfriend dia pun nak. Pelik tah pape." Kata Hanis sambil ketawa.

Hina ka Syafiah ni nak ada crush? HAHAHA

"Wey, Fakira. Aku harap Dzafir kau suka kau. Nak tengok jugak apa kau punya reaksi HAHAHA. Mesti lawak." Kata Auni. Fakira menjeling Auni dengan perasaan geram.

Benci dengan nama Dzafir agaknya.

"May you kahwin dengan dia lepas habis SPM." Kata Yee Rou. Xuan tersenyum dan mengangguk tanda dia setuju dengan ayat Yee Rou.

'Ish, taknak aku!' Marah Fakira di dalam hati.

-to be continued.

kahwin betul baru tahu haaa🫣🫣
ni kalau orang tu baca mampus Hohoho😌🤡

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now