20 | cleaning day.

72 8 6
                                    

HABIS berperang. Semua pelajar tingkatan lima gembira selepas selesai menempuh peperangan. Ada yang pergi makan-makan sekelas. Ada yang lepak dekat rumah je, ganti tidur yang di tinggal.

Sememangnya penat, akan tetapi mereka sudah mula rindu zaman persekolahan mereka. Selepas ini tiada lagi merenget susah belajar subjek ini, malas masuk kelas, mengantuk dalam kelas. Macam-macam lah.

---

FAKIRA menyapu sampah di dalam bilik sakit itu. Harini hampir semua pelajar tingkatan lima kena buat gotong-royong pula. Diorang kan dah tak belajar, jadi kena lah tolong cikgu-cikgu kemaskan sekolah sebelum cuti.

Syafiah yang dari tadi katanya nak pergi cari mop, entah ke mana hilangnya. Dah dekat 20 minit hilang. Ghaib!

TUK

TUK

"Cikgu Umi-"

"Eh, Fakira?" Kata pelajar lelaki itu.

Fakira yang tadi ralit menyapu terus terbantut kerjanya. Pelajar lelaki yang berada di pintu tu, Dzafir.

Alamak! Rasa gugup la pulak. Bisik Dzafir di dalam hati. Dia nak tunjuk macho pun tidak sempat.

"Cikgu Umi keluar tadi. Kau nak apa? Aku sampaikan pada dia." Ujar Fakira. Dia abaikan kehadiran Dzafir itu. Dia terus menyambung kerjanya yang terbantut tadi.

Eleh. Sebenarnya tak nak gementar depan Dzafir je tu.

"Takpa la, benda ni personal. Aku tunggu sini jela sampai cikgu datang." Kata Dzafir seraya membuka kasutnya. Dia masuk ke dalam bilik. Dia duduk di kerusi yang tersedia di hadapan meja Cikgu Umi.

Fakira rasa agak janggal duduk berdua-duaan di dalam bilik yang kecil itu bersama Dzafir. Macam nak halau Dzafir keluar ja.

"Fakira sayangku~ Sorry lambat." Ujar Syafiah seraya menerjah masuk ke dalam bilik itu tanpa memberi salam. Langkah Syafiah terhenti apabila ternampak Dzafir yang duduk tersengih.

"Aik, kau buat apa dekat sini Dzafir? Datang teman Fakira ke? Ceyceycey." Kata Syafiah sambil tersenyum nakal. Mop yang di pegang tadi dia sandarkan pada dinding.

"Tak aku nak jumpa Cikgu Umi." Kata Dzafir.

"Iyo la tu. Tak palah. Fakira, sebenarnya Teacher Faz ada suruh aku angkat barang tadi. Aku pergi dulu ya. Ha, Dzafir kau tolong mop lantai ya. Bye." Syafiah bingkas keluar dari bilik itu. Dia sebenarnya nak biarkan Fakira dan Dzafir meluangkan masa bersama. Kita kata kawan supportive la. Tapi macam mengundangkan maksiat ja.

"Wey, Piah kau ni!" Marah Fakira. Belum sempat dia nak maki Syafiah, Syafiah terlebih dahulu lari meninggalkannya.

"So, kau dah habis sapu? Aku nak mop lantai." Soal Dzafir seraya mop di ambil. Dia mencelupkan mop itu ke dalam air yang ada sabun khas untuk mop lantai lalu dia mengeringkannya.

Kemudian Dzafir mula mop lantai di bahagian yang Fakira sudah sapu tadi.

Fakira selepas selesai sapu, dia rehatkan penyapu di dinding dan terus duduk di kerusi milik Cikgu Umi.

Dia hanya perhatikan Dzafir mop lantai dengan diam. Malas nak kata apa.

Pandai juga mamat ni buat kerja macam ni. Kata Fakira di dalam hatinya. Nak kata puji, tetapi bukan puji sebenarnya.

MATA Fakira terus terbuka luas, dia terkejut kerana dia boleh terlelap sambil duduk bersandar pada dinding. Dia terus melilau mencari keberadaan Dzafir. Walaupun dia tahu Dzafir tidak akan buat apa-apa padanya, akan tetapi Dzafir masih seorang lelaki.

Dia perasan Dzafir sedang mengelap tingkap satu persatu. Fakira terus berdiri. Dia meregangkan badannya. Terasa sakit sedikit leher kerana tidur sambil duduk.

"Kau dah bangun? Aku buat bising ke? Sorry la." Ujar Dzafir. Dia mencelup kain buruk ke dalam besen kecil kemudian dia memerah kain itu.

"Tak. Aku yang patut minta maaf, aku tertidur. Dah kasi aku kain tu, biar aku yang lap." Kata Fakira. Dzafir menggeleng, dia teruskan kerjanya tadi.

Fakira cuba merampas kain itu dari Dzafir, namun Dzafir menarik kain itu dengan pantas.

Fakira menjeling Dzafir dengan tajam.

"Lantaklah. Cikgu Umi mana?" Soal Fakira.

"Tadi dia ada masuk kejap ambil kunci kereta. Dia kata kena pergi ambil anak dia dekat sekolah. Dia ada kasi duit sikit, suruh beli air untuk kita berdua." Kata Dzafir seraya mengeluarkan duit RM10 pada Fakira.

Fakira mengangguk tanda faham.

"Syafiah ada datang?" Fakira menyoal Dzafir lagi. Dzafir terus menyidai kain buruk tadi di tingkap kemudian memandang wajah Fakira.

"Tak. Dahla, jom pergi beli air dekat koperasi." Kata Dzafir. Lengan baju PJ Fakira ditarik lembut oleh Dzafir.

Fakira hanya membiarkan Dzafir buat bergitu. Entah kenapa, dia tidak kisah pula. Mungkin Fakira masih mamai kerana baru bangun tidur tadi.

Dzafir tersenyum suka.

Cute.

—to be continued.

ualala, mesti Dzafir usya muka Fakira yang comel masa tengah tidur🫣🫣

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now