extra chapter | us.

104 7 18
                                    

BUNYI derapan kasut tumit tinggi yang sedang pantas berjalan itu membuatkan pelajar-pelajar lain terus senyap dari berbual. Mereka semua fokus pada pemilik kasut tumit tinggi itu.

Mata yang tajam memerhati setiap penjuru dewan kuliah dengan serius menegangkan lagi suasana dewan itu.

"Is she in a bad mood?" Bisik Anna pada kawannya. Kawan Anna, Phoebe hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Anna. If you have a question for me, you can just ask me directly." Tegur pensyarah itu dengan serius. Selepas itu, tiada langsung bunyi suara dari pelajar-pelajarnya. Takut di tegur olehnya.

"Okay now, let's continue our class from yesterday evening." Kata pensyarah itu dengan tenang. Dia hanya membetulkan sedikit cermin mata bulatnya itu seraya melihat pada skrin yang besar yang telah terpapar bahan yang dia ingin tunjuk pada pelajarnya.

-

KOPI americano yang suam itu di teguk berkali-kali. Berbeza ya kopi di Malaysia dan di United Kingdom. Entah kenapa dia berasa bergitu, mungkin sebab cuaca yang berbeza? Nak bagi jawapan pun tidak pasti.

Tangan kanan ralit menggunakan telefon pintar. Skrin telefon di sentuh beberapa kali.

"Sir, this is your order." Kata pelayan perempuan itu dengan senyuman yang manis. Kalau jumpa pelanggan mestilah kena senyum, kalau muram je siapa nak datang kedai kan?

"Oh, thank you." Balasnya seraya menarik pinggan yang berisi sepotong kek coklat itu. Dia mengambil sudu dan mulakan suapan yang pertama.

Sedap!

"Papa! Papa!" Jerit seorang kanak-kanak perempuan yang berumur dalam lingkungang tiga tahun itu. Dia berlari terkedek-kedek ke arah lelaki yang sedang memakan kek coklat tadi. Kakinya di peluk.

"Papa! Me want eat!" Ujar budak itu seraya mencebik kerana papanya makan dahulu sebelumnya. Tersengih lelaki itu melihat karenah anaknya yang comel. Pipi budak itu di cubit lalu dia mengangkat budak itu untuk duduk di atas ribanya.

"Abang dah order ke? Kenapa tak tunggu sayang, tau la lapar sangat pun." Kata wanita yang bertudung bawal warna light pink itu. Lelaki itu hanya tersengih mengangguk. Dia sangat lapar sehinggakan lupa anak dan isterinya.

"Sorry la. Jap abang order lain." Katanya seraya meletakkan anak perempuannya di kerusi sebelahnya.

"Eh tak payah tak payah. Gurau je. Sayang tak nak pun. Ni Daniella lah yang kebulur sangat. Kuat makan betul!" Pipi Daniella di cubit beberapa kali kerana kecomelannya. Daniella tersenyum gembira.

"Papa! Eat cake!" Lengan lelaki itu di tepuk beberapa kali. Dia mahukan kek coklat yang papanya sedang makan itu.

"Ye ye, buka mulut." Satu suapan di berikan pada Daniella. Daniella tepuk tangan tanda suka. Comel betul!

Sepasang suami isteri itu tersenyum bahagia. Mereka hanya melihat Daniella dengan penuh rasa gembira.

-

PINTU utama di tolak dengan perlahan-lahan. Pemilik kedai buku yang berada di kaunter itu tersenyum melihat pelanggan yang dia kenali itu.

"Hi, Miss Sufia. How's your day today?" Soalnya pada Fakira yang sedang mengeluarkan sebuah buku yang agak tebal itu. Dia letak buku itu di atas meja kaunter.

"I'm good. This is the book that I borrowed from you last week. Sorry that I'm giving it back so late, I have been busy with a lot of classes lately." Ujar Fakira seraya mengeluh menandakan dia agak stress dengan kelas pada setiap hari tanpa rehat. Bila balik ke rumah baru dia sempat nak membaca sedikit pun buku yang dipinjam itu.

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now