06 | funny.

139 12 4
                                    

FAKIRA masih di dalam fikirannya sendiri. Dia rasa selepas dia bagi surat yang tak berapa nak cinta tu pada Dzafir, semuanya berubah dengan pantas sekali.

Entah kenapa, dia berasa, Dzafir selalu lalu di hadapan kelasnya. Adakah ini hanya firasat? Tidak mungkin.

"Ui, Fak!" Tegur Asiyah secara tiba-tiba.

"Ish! Terkejut aku. Kan aku dah cakap jangan panggil aku dengan nama panggilan tu lagi! Dengar macam mencarut gila!" Marah Fakira. Dia menolak sedikit badan Asiyah ke tepi. Minah ni asyik nak berdempek ja dengan orang!

Asiyah ketawa. Dia sandarkan badannya di hujung katil dan memegang buku novel Fakira yang berada di atas bantal tadi.

"Kau kenapa ni, Fak. Aku tau kau stress pasal Dzafir tu, tapi kau jangan risaula. Kalau dia suka kau, baguslah, couple je dengan dia." Ujar Asiyah selamba.

Bengong betul.

"Aku bukan apa. Aku tak suka lelaki, kau faham tak? Cringe terok. Ini semua sebab kau dengan Jasmin. Kalau tak, hidup aku aman." Kata Fakira sambil menjeling muka Asiyah.

"Takkan kau suka perempuan kot. Ha tu, kawan sekelas kau, nama apa, Syafiah dan Auni eh? Nampak macam lesbian ja diorang tu." Kata Asiyah sambil menyelak novel yang di pegangnya itu.

Tersedak air liur Fakira. LESBIAN?!

Kepala Asiyah di pukul dengan bantal peluk Fakira. Fitnah orang nombor satu!

"Kau ni fitnah fitnah pulak. Aku tak pernah lagi buat benda dosa tu! Syafiah dengan Auni tu saja ja diorang melawak. Faham la sikit!" Fakira meninggikan sedikit suaranya. Sakit hati tau tak!

"Ha yela, aku melawak je pon. Sikit sikit nak marah orang. Majuk titew tau. HAHAHAHAHA GEDIK BETUL. Dahla aku balik dorm dulu, nak iron tudung sekolah. Jangan mimpi Dzafir ucuk acam ye!" Asiyah pantas memecut keluar dari Dorm Mawar.

Fakira yang baru sahaja nak marah Asiyah, terkejut melihat kepantasan rakannya berlari keluar. Tak sempat nak marah! Laju benor lari!

-to be continued.

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now