DZAFIR menelan air liurnya sendiri. Dia gugup. Wajah Fakira kelihatan marah dan tidak dapat menahan sabar nak tahu apa yang dia akan katakan.
Melihat renungan serius Fakira. Jantung Dzafir seperti berada di angkasa langit yang menyaksikan segalanya.
Oh, Tuhan! Kenapa perasaanku goyah sampai sebergini.
Tidak pernah dia menyimpan rasa suka sehinggakan malam dia mimpikan wajah Fakira. Angau? Payah kalau angau teruk ni.
Bahkan alam dan semesta pun tidak percaya, Tengku Dzafir Afwa angau sampai ke tahap ini.
"Woi. Cepatlah. Kau jangan buat aku tertunggu-tunggu. Nak cakap pun lembab ke?" Kata Fakira kasar. Walaupun kasar, Dzafir tetap mengukirkan senyuman. Dia faham, Fakira rasa rimas.
"Sorry-sorry."
"Diorang cakap pasal kita." Saja Dzafir menekankan perkataan kita.
"Pasal kita? Maksud kau? Kita bukan bercinta ke apa, asal diorang sembang pasal kita?" Fakira agak terkejut. Ini buat pertama kali, dia terasa dirinya geli di perut. Dia mahu senyum, tetapi ego masih meninggi. Jangan lemah di hadapan lelaki itu!
"Pasal surat tu dan pasal..."
~
BANTAL di tumbuk beberapa kali. Jiwa Fakira kacau bilau. Apakah? Semua yang berlaku itu benar? Sungguh membingungkan.
"Kak. Kau buang tabiat ke apa belasah bantal tidak bersalah tu?" Soal adik Fakira, Nor Fakri Sufi. Kakaknya itu kurus, entah kenapa adik badan berisi sikit. Mungkin nanti naik sekolah menengah baru nak nampak segak. Like sister, like little brother la.
Mengarut je.
"Lantakla. Ni bantal aku, bukan bantal kau. Sibuk apasal." Fakira menyusun semula bantal tidurnya di tempat asal. Nanti malam nak guna juga bantal tu habuan lapik kepala. Tanpa bantal, tiada tidur.
"Kak, mak panggil makan, tapi sebelum makan, mandi dulu. Kau tu busuk dah macam kambing. Bye." Fakri cepat-cepat menutup pintu bilik Fakira dan berlari pecut ke ruang makan di dapur.
Pandai ye kau dik. Buat salah lari. Best la jadi bongsu. Apakah daya Fakira di lahirkan sebegai kakak. Redha la bestie.
–to be continued.
uyoo, revealing adik Fakira! aku bukan bodyshaming adik dia, tapi nak explains character Fakri je hehe🫰🏻🫰🏻 peace & love~
YOU ARE READING
C | TOD (TRUTH OR DARE)
Teen Fiction#BOOK_3 I choose dare to know the truth in your heart. ©️cikanggun | 2023 [Based on a true story] cover by @yourainynight <33 ‼️short story & short chapters‼️