"Morning, Piah." Ujar Hanis, Auni dan Fakira dengan serentak.
Siapa lagi yang selalu bertenaga bila datang sekolah. Mestilah, Syafiah. Ketua kelas 5 Sains.
"Lewat kau harini." Kata Auni pada Syafiah yang sedang mengeluarkan kotak pensel berwarna ungunya.
"Cam biasa ah, ayah aku berak setengah jam dalam jamban." Jawab Syafiah dengan keluhan lembut.
Dia sudah terbiasa dengan rutin harian ayahnya itu, pagi-pagi wajib berak dulu. Katanya berak pagi-pagi elok.
'Cis, aku tak berak pagi boleh je.' Ujar Syafiah di dalam hatinya.
"Wush kau ni, tu pon nak bagitahu kami." Hanis ketawa sedikit. Macam-macamlah Piah sekor ni.
"Yala, nanti korang tanya pulak. Aku bagitahu je. Dahla, aku nak kira kehadiran jap." Syafiah pantas bangun dari tempat duduknya bersama pen hitam.
Dia berdiri di hadapan lalu dia mengira setiap pelajar yang berada di dalam kelas. Inilah rutin harian ketua kelas.
"Eh, korang. Aku ada tea, tapi masa rehat aku tumpahkan." Kata Fakira pada Hanis dan Auni yang sedang termenung itu.
"Asal tak cerita sekarang je? Cikgu tak masuk lagi tu." Ujar Hanis tidak sabar. Mukanya penuh dengan rasa ingin tahu.
"Cerita ni, cerita yang patut diceritakan masa makan. Sekarang takle nak fokus HAHA." Kata Fakira sambil tersengih sedikit. Hanis hanya mengangguk sahaja.
"Okay okay."
~
"Ha, cepatlah cerita. Aku excited nak tahu ni." Kata Auni sambil menyedut air minumannya yang di beli tadi.
"Sabar jap, aku nak gaul nasi dengan kuah ni. Kalut la." Fakira tersenyum.
"Cerita apa pulak ni. Aku suka benda camni, cepat cepat!" Syafiah yang dari tadi sudah menyumbat makanan di dalam mulut, turut serta menanti cerita itu.
Hanis hanya mendiamkan diri seraya menyedut air teh ais. Manis!
"Hello guys. Sorry lambat, tadi kami pergi perpustakaan." Kata Low Yee Rou. Dia duduk di sebelah kiri Syafiah, manakala Cheang Yi Xuan duduk di sebelah kanan.
Dari tiga orang kawan Fakira yang tadi tu, dua ekor amoi ni lagi suka dengar teh ais tumpah. Lagi-lagi, Yee Rou a.k.a Jojo the busybody.
(no hate bestie)"Nasib kau sempat sampai Yee Rou. Kalau tak, lambat la dengar tea terbaru dari Fakira." Kata Auni sambil ketawa. Fakira hanya menjeling main-main pada Auni.
"Dahla, tak payah buang masa, cerita la cepat! Dah separuh nasi dalam pinggan aku makan nii." Omel Syafiah kalut. Dia dahla jenis makan cepat.
"Yala yala!"
-to be continued.
YOU ARE READING
C | TOD (TRUTH OR DARE)
Teen Fiction#BOOK_3 I choose dare to know the truth in your heart. ©️cikanggun | 2023 [Based on a true story] cover by @yourainynight <33 ‼️short story & short chapters‼️