PELIK. Tak pernah lagi Fakira berjumpa dengan tiga ekor makhluk ciptaan Allah yang tersangatlah pelik. Dia hanya mendengar bebelan Najmi, yang perasan hebat kerana dapat berkawan dengn Dzafir. Macam lawak pun ada, tetapi tawa masih di tahan.
"Ehem, bukan apa la. Kau memang banyak cakap ke?" Soal Fakira sambil memandang wajah Najmi.
"Eh semestinya-"
"Najmi? Ariq? Mirul? Korang buat apa dekat sini?" Suara Dzafir membuatkan Fakira tersenyum sedikit. Eh, senyum? Lain macam.
Lega kerana dia tidak perlu hadap Najmi dan kawan-kawannya itu.
"Oi, Fir. Ni kami tengah interview awek kau. Nak tahu jugak kenapa kau minat sangat minah ni." Ujar Najmi sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Fakira hanya menggerakkan bebola matanya ke atas. Menyampah.
"Mi, Cikgu Ehsan panggil kau tadi. Dia nak cakap pasal apa tah." Tipu Dzafir. Dia sebenarnya nak jumpa Fakira senyap-senyap, tetapi kawan sekelasnya ada pula disitu. Terpaksala dia menggunakan nama cikgu kesayangannya itu. Maaf Cikgu Ehsan!
"Yaka. Kalau macam tu, bye Fakira. Ariq. Mirul. Jom." Najmi terus keluar dari kawasan asrama. Pandai Dzafir tipu. Jahat beul.
Fakira hanya memerhati rakan-rakan Dzafir pergi masuk ke dalam kawasan sekolah. Hembusan nafas dilepaskan, dia lega yang mereka sudah pergi, akan tetapi Dzafir masih berdiri di hadapannya bersama senyuman yang manis.
Nak apa jantan ni?
"Kau asal? Kau tu pun sama, asal masuk kawasan asrama time sekolah? Ni dah langgar peraturan--"
"Aku rindu kau." Fakira membulat matanya. Terdiam sebentar. Dia terasa wajah sudah menjadi panas, walaupun langit sedikit redup dan sejuk. Dzafir masih memandang wajah Fakira dengan perasaan yang tidak dapat di tafsirkan.
"H-Hah? R-Rindu?" Tergagap Fakira dibuatnya. Dia tidak tahu nak memberi respon apa pada Dzafir.
Fakira tanpa berlengah lagi terus berdiri dan mahu beredar dari situ. Tak naklah tayang wajah yang merah dengan fikiran yang bingung! Buat malu sahaja!
Dia lupa yang dia tidak boleh berjalan dengan pantas. Fakira terus hilang imbangan dan badannya ingin menghempas ke lantai, tetapi ada sepasang tangan yang menyambutnya. Fuh selamat!
"Careful. Kaki kau tak lega lagi." Ujar Dzafir risau. Wajah Fakira menjadi merah lagi. Dzafir ketawa perlahan melihat riaksi Fakira yang comel itu.
Fakira cuba untuk berdiri sendiri dan dia menolak lengan Dzafir ke tepi. Dia berdiri menggunakan kaki kirinya yang tidak sakit manakala kaki kanannya di angkat sedikit. Dzafir hanya membiarkan Fakira bergitu, dia faham, Fakira tidak selesa dengan kehadirannya ke situ.
"Tak apalah, aku nak tengok kau je. Aku pergi dulu ya, nanti cikgu marah pulak masuk kelas lambat." Kata Dzafir. Fakira yang membelakangi Dzafir itu mengangguk tanda faham.
"Ha, bagus pergi la cepat, aku menyampah tengok muka kau--"
"Bye sayang."
Bisik Dzafir di telinga Fakira. Fakira yang mahu memarahi Dzafir kerana berbuat demikian terus mendengus geram keran Dzafir sudah lari masuk ke dalam kawasan sekolah. Laju betul!
Her heart feels tingle.
-to be continued.
lama gila tak update, sorry guys!!😭
YOU ARE READING
C | TOD (TRUTH OR DARE)
Teen Fiction#BOOK_3 I choose dare to know the truth in your heart. ©️cikanggun | 2023 [Based on a true story] cover by @yourainynight <33 ‼️short story & short chapters‼️