SEHARIAN. Seharian Fakira tidak tahu nak buat apa. Dia bosan. Dahla tak boleh bergerak banyak. Bila turun dewan makan, nak makan apa? Ikan goreng makcik dm yg keras macam batu? No way.
Jasmin dan Asiyah adala datang dekat dorm asrama masa waktu rehat sekolah, tapi kena kantoi dengan pengawas sekolah pula. Nama diorang tersenarai dalam yang kena denda nanti.
Fakira cuba berjalan dengan berhati-hati ke pondok yang berdekatan dengan surau asrama. Dia duduk dan ambil sebuah buku yang disediakan di rak buku pondok itu.
Tak lah menarik sangat cerita dalam buku tu, tetapi kalau boleh menghilangkan bosan, baguslah.
Keluhan dilepaskan. Buku tadi di tutup dan dia menyandarkan badan ke belakang. Bosan teruk ni.
Tiba-tiba dia terdengar suara ketawa dan bunyi derapan tapak kaki seperti berlari dari arah pagar asrama yang sudah lama tidak digunakan itu. Rasanya itu suara lelaki.
"Nasib Ustaz Rosli tu lambat macam siput. Kalau tak, nahas kita." Kata pelajar yang bajunya tidak di tuck in di dalam seluar sekolah.
"Kau punya pasal la nih, Mi! Bagi balik rokok aku." Marah pelajar yang juga tidak tuck in baju di dalam seluar, tetapi dia tidak memakai tali leher.
Fakira hanya diam memerhatikan sekumpulan pelajar-pelajar itu menghisap rokok dengan syahdunya di belakang pokok besar yang berada berdekatan dengan pagar asrama lama. Tanpa tidak sengaja, Fakira tertolak buku yang dibacanya tadi.
Bunyi buku jatuh membuatkan sekumpulan pelajar lelaki itu bangun berdiri dari posisi mencangkung.
"Kau dengar tak apa aku dengar?" Soal pelajar yang berabut penyapu.
"Woi, siapa tu?" Mereka berjalan ke arah pondok yang Fakira sedang duduk itu.
Fakira hanya mengeraskan tubuhnya di situ. Nak lari tapi tak boleh pula. Habislah! Habislah! Tolong!
Akhirnya, kantoi juga.
Selamat tinggal Fakira.
"Kau?"
Fakira memandang mereka bertiga tanpa rasa takut. Jangan gentar. Kuatkan semangat. Diorang pelajar juga, kita jerit kalau kena rogol ke apa.
"Kau kenal dia, Mi? Siapa ni?" Soal kawannya itu.
"Awek Dzafir. Nama kau Fakira kan. Fakira Sufia." Ujarnya lagi.
Kali ini Fakira tidak lagi rasa apa-apa. Hanya soalan yang penuh dalam kepala dan hatinya. Mahu saja dia menyoal mamat yang pendek ni.
"Woi, kau bisu ke apa? Dahla tengok aku macam nak makan."
"Aku bukan awek Dzafir. Kau sapa nak tuduh-tuduh orang." Fakira mula bersuara. Dia mengawal intonasi marahnya, cuba lakonkan watak cool.
Mereka bertiga tersenyum sini mendengar ayat yang keluar dari mulut Fakira. Terasa lawak.
"Aku Najmi. Sahabat dunia akhirat Dzafir. Kau ade? Takde en." Najmi tersenyum bangga.
Sewel ke apa?
-to be continued.
YOU ARE READING
C | TOD (TRUTH OR DARE)
Teen Fiction#BOOK_3 I choose dare to know the truth in your heart. ©️cikanggun | 2023 [Based on a true story] cover by @yourainynight <33 ‼️short story & short chapters‼️