16 | flustered.

94 10 8
                                    

ASIYAH dan Jasmin memimpin Fakira sehingga sampai ke dorm. Katanya, kaki terseliuh sikit, tapi doktor bagi cuti rehat sehari.

"Kau ni buas betul lah, dengan batu pon boleh jatuh." Kata Jasmin. Fakira tersengih. Bukan selalu nak terseliuh kaki ni.

"Seronok apa. Esok dia boleh cuti, tak payah pergi sekolah." Ujar Asiyah. Cemburu. Ni kaki-kaki malas pergi sekolah, sebab tu cemburu bila Fakira dapat cuti.

Asiyah dan Jasmin perlahan-lahan membongkok, nak mudahkan Fakira duduk di atas katilnya.

"Thanks korang. Nanti aku belanja yogurt dekat koperasi." Kata Fakira, ikhlas dari hati. Jarang minah ni nak belanja orang, selalunya orang belanja dia.

"No problem lah. Kitaorang balik dorm dulu. Kau rehat elok-elok." Kata Jasmin sambil berjalan keluar bersama Asiyah dari dorm Fakira.

Fakira mengeluh perlahan. Macam-macam betul terjadi tadi, tapi yang paling lawak masa Dzafir teman dia dengan warden asrama ke hospital.

flashback

Cikgu Maimunah menyuruh Dzafir dan Fakira menaiki kereta Bezza merah miliknya yang di parkir berhadapan dengan pejabat asrama. Mula-mulanya nak telefon keluarga Fakira sahaja, tetapi Fakira menolak. Dia tak nak balik. Katanya jauh sangat untuk orang tuanya sampai ke sekolah.

Akhirnya, selepas bertengkar dengan Cikgu Maimunah dalam beberapa minit, Cikgu Maimunah bersetuju.

"Jauh sangat ke rumah kau?" Soal Dzafir pada Fakira yang sudah merasa mengantuk. Walaupun nak masuk pukul tujuh, dia penat seharian belajar. Bateri otaknya untuk bekerja sudah kosong. Tenaga juga kosong.

"30 minit jugak nak sampai sini." Jawab Fakira dengan nada suara penat. Dzafir perasan akan perubahan suara Fakira yang menjadi lembut dan penat itu. Dia hanya mengangguk dan biarkan Fakira berehat sebelum tiba ke hospital.

"Dzafir, macam mana Fakira boleh cedera? Dan lagi satu, kamu kenapa belum balik ke rumah?" Cikgu Maimunah pula menyoal Dzafir. Bertubi-tubi soalan di tanyakan. Dzafir hanya menggaru lehernya yang tidak berapa gatal itu.

Macam mana nak jawab ni? Resah hati.

"Dia tersadung tadi. Saya masa tu nak balik dah la, tersempak dengan Fakira. Tu yang saya tolong dia. Lepastu, saya memang selalu balik lewat. Saya suka study dekat sekolah, lagipun harini kebetulan semua Tingkatan 5 ada tuisyen. Memang semua balik lambat harini." Panjang lebar Dzafir menjawab. Tidak tinggal satu perkataan pun. Detail. Dari A sampai Z.

Cikgu Maimunah mengangguk. Selepas itu, situasi di dalam kereta hanya sunyi. Bunyi radio kereta sahaja yang memenuhi ruang kesunyian itu.

Fakira keluar dari bilik doktor dengan melompat-lompat sedikit menggunakan kaki kirinya. Dzafir pantas berdiri dan menolak kerusi roda yang jururawat berikan padanya untuk di gunakan pada Fakira.

"Aku boleh jalan sendiri lah." Marah Fakira. Jelingan maut di beri pada Dzafir tanpa belas kasihan.

Dzafir senyum.

"Duduk jela, sayang oi." Dzafir menolak perlahan-lahan badan Fakira supaya dia duduk di atas kerusi roda itu.

Fakira tergamam. Apa dia cakap tadi? Sayang? Siapa sayang dia?

Fakira hanya membiarkan Dzafir menolaknya pergi ke bahagian farmasi untuk ambil ubat.

"Cikgu Maimunah mana?" Soal Fakira sambil menyandarkan badan ke belakang dengan selesa. Dia rasa seperti di layan macam puteri raja. Ini baru seronok!

"Cikgu tunggu dalam kereta. Jangan risau, aku pandai lah nak urus kau. Nanti kalau dah kahwin, dah ada experience dah." Sampai sahaja di bahagian farmasi. Dzafir mengambil kertas yang Fakira pegang tadi dan dia terus berjalan menuju ke kaunter.

Sekali lagi, Fakira tergamam buat kali ke dua. Dia hanya memandang Dzafir yang membelakanginya itu. Jejaka itu sedang sibuk menguruskannya.

He looks quite cute.

Fakira sendiri tidak percaya pada dirinya yang selalu acah kuat. Dia rasa Dzafir comel? Tidak mungkin. Ini semua imaginasi ja ni!

"Okay nah ubat. Krim ni kau sapu dekat lebam kaki kau. Lepastu doktor bagi bandage baru untuk kau ganti bandage lama." Kata Dzafir seraya plastik yang berisi ubat di hulurkan. Fakira mengangguk dan ambil plastik itu tanpa berkata apa-apa.

"Jom balik. Aku pun penat dah ni." Kata Dzafir sekali lagi. Dia terus menolak Fakira sampaila ke kerta Cikgu Maimunah.

to be continued.

dzafir chap ni mcm slay sikit
sorry hambar ye chap ni, i'll try harder

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now