ADRIANA menjeling dua orang pelajar yang sedang berjalan sambil minum itu. Hatinya remuk apabila lelaki yang dia cintai tersenyum-senyum pada gadis di sebelahnya.
Kaki Adriana menghentak pada tanah. Kalau boleh nak gegar satu bumi.
"Kau kenapa ni, Adriana?" Soal Liyana hairan. Tiba-tiba sahaja wajah si Adriana tu merah macam tengah tahan marah. Cara jalan pun macam tengah sakit hati pada sesuatu.
"Tuh, kau tak nampak? Boleh pulak dok berjalan berdua-duaan depan aku. Si Dzafir pun dulu tak pernah pun senyum dekat aku macam tu. Eee geram aku!" Omel Adriana sambil mencebikkan mulutnya. Liyana terus memandang ke arah Dzafir dan Fakira yang berjalan agak jauh dari mereka.
Liyana mengeluh.
"Adriana. Kau kata kau dah move on. Biar jela dekat jantan tak guna tu. Aku sarankan kau abaikan je." Nasihat Liyana. Dia bukannya nak pertahankan Fakira atau Dzafir, tetapi dia tak nak sahabat baiknya itu sedih lagi.
"Tak nak! Aku sejujurnya belum move on lagi. Aku akan dapatkan Dzafir semula, kau tunggu la Fakira. Kau akan merana!" Kata Adriana seraya merengus geram. Liyana hanya menggeleng melihat perangai sahabatnya itu.
Apa boleh buat? Dia pun tidak tahu nak nasihat apa lagi.
-
PETANG itu Cikgu Maimunah suruh pelajar-pelajar asrama bersihkan blok bangunan masing-masing. Ada empat blok dekat asrama dan ia terbahagi kepada dua. Dua blok untuk pelajar asrama lelaki, lagi dua blok untuk pelajar asrama perempuan.
Blok Alpha untuk pelajar tingkatan lima dan tingkatan empat lelaki dan blok Beta pula untuk pelajar tingkatan satu, dua dan tiga lelaki.
Manakala, blok Omega untuk pelajar tingkatan lima dan empat perempuan dan blok Delta untuk pelajar tingkatan satu, dua dan tiga perempuan.
Fakira telah di tugaskan untuk buang sampah-sampah dari setiap dorm blok Omega. Jasmin dan Asiyah pula di tugaskan untuk mencuci bilik mandi dan ada lagi pelajar-pelajar lain yang bantu.
"Assalamualaikum, dorm korang ada sampah? Aku datang nak kutip." Soal Fakira seraya plastik sampah berwarna hitam di tunjuk.
"Ada ada, kejap ya kak." Kata pelajar tingkatan empat itu. Dia berlari mengambil plastik sampah yang sudah diikat.
"Nah, kak. By the way kan akak, tak kan akak kutip sorang-sorang? Yang lain mana?" Soal pelajar itu dengan hairan. Fakira hanya mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Dia juga perasan, pelajar-pelajar lain yang di tugaskan untuk mengutip sampah bersamanya tidak datang menolongnya. Mungkin diorang malas?
"Aku pergi dulu ya. Bye." Kata Fakira. Ini dorm yang terakhir, nasib dia jenis buat kerja cepat. Habis sahaja kerjanya ni, dia boleh pergi ke Dewan Makan untuk berehat.
Fakira terus berjalan ke belakang asrama untuk membuang sampah ke tong sampah yang besar itu. Dari jauh sudah boleh bau betapa busuknya tong sampah itu, tetapi nak buat macam mana, kena hadap jela.
Fakira baling plastik sampah itu masuk ke dalam tong sampah yang besar dengan kuat sekali. Dia menepuk-nepuk sikit tangannya. Keluhan di lepaskan, lega yang dia sudah siap kerja bahagiannya.
BUK!
Kepalanya tiba-tiba terasa terhuyung-hayang. Matanya dengan pantas sekali terpejam. Badan Fakira jatuh menghempap tanah. Sememangnya sakit, tetapi entah kenapa dia tidak boleh bergerak.
Dunia terus terasa gelap.
-to be continued.
YOU ARE READING
C | TOD (TRUTH OR DARE)
Teen Fiction#BOOK_3 I choose dare to know the truth in your heart. ©️cikanggun | 2023 [Based on a true story] cover by @yourainynight <33 ‼️short story & short chapters‼️