08 | f2f.

117 9 0
                                    

"Pagiku, cerahku matahari bersinar, kugendong tas merahku, di pundak~~"

"Selamat pagi semua! Kunantikan dirimu, di depan kelasmu, menantikan kami-"

Kepala Syafiah di ketuk. Syafiah berhenti menyanyi di koridor depan kelas. Tidak malu!

Auni dan Hanis sudah menoleh ke arah lain, buat-buat tidak kenal rakan sewel mereka itu. Fakira sudah bertindak tadi memukul kepala Syafiah.

"Kau buang tabiat ke apa?! Senior tingkatan lima tengah usya kau dari tadi dekat bawah." Bebel Fakira. Wajah Syafiah hanya memberi reaksi tidak kisah.

Dasar tak malu!

"Piah, kalau kau nak nyanyi pun, dalam kelas atau dekat rumah jela. Jangan sini, malu tujuh keturunan! Dahla kau nanyi kuat." Kata Auni pula. Ya, sejujurkan mereka suka akan perangai gila-gila Syafiah, tetapi ini melebih sangat!

"Malu wey. Senior dok usya lagi." Hanis sudah mula menoleh memandang wajah Syafiah semula.

Syafiah hanya tersengih.

Auni, Hanis dan Fakira hanya mampu menggeleng. Biarkan sahaja, nanti senyap la minah tu.

"Tak, sekarang ni asal kita lepak dekat sini? Lain macam lepak." Soal Syafiah. Sudah dua minit duduk situ seperti sedang menanti seseorang. Tunggu siapa sebenarnya?

"Ni, Fakira nak jumpa boyfriend dia." Selamba badak sahaja Auni menyebut perkataan 'boyfriend'.

"Boyfriend?! Eh sejak bila? Dzafir tu? Kau biar betul?" Syafiah gelabah. Kata tak nak kahwin sampai mati.

"Piah, kau tunggu jela. Yang pasti, kau kena tutup mulut dulu. Senyap kejap je, boleh?" Ujar Hanis sambil mengeluh. Stress.

"Ha yela yela." Syafiah terus mendiamkan diri.

Selepas beberapa minit. Syafiah sudah tidak tahan berdiri disitu. Dia bosan! Dia mahu buat sesuatu yang menyeronokkan.

"Wey korang-"

"Shushh! Dia datang dah!" Ujar Auni. Fakira yang tadi termenung terus berdiri tegak dan wajahnya menjadi serius.

Syafiah terus hairan. Cikgu ke?

"Korang balik kelas dulu. Aku pergi sendiri." Kata Fakira seraya melepaskan keluhan yang perlahan tetapi masih jelas boleh didengari.

"Siapa yang datang sebenarnya-"

Kasihan Syafiah, asyik di sekat lagi. Auni dan Hanis menarik dia masuk ke kelas.

"Takpa Piah. Kita masuk kelas dulu, nanti kami cerita dekat kau." Syafiah hanya melihat Fakira pergi berjalan ke arah seorang lelaki yang tubuh badannya agak tinggi. Rambut lelaki itu sedikit kerinting dan matanya sepet.

"EHH!? TU BUKAN KE DZAFIR-"

"SENYAPLAH PIAH!" Auni dan Hanis menutup mulut Syafiah dengan serentak.

Bising la makcik ni sekor!

-to be continued.

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now