BUKU novel yang bertajuk Sanggupkah Bersabar, Sayang? By Rehan Mahktar di selak dengan perlahan. Fakira mengeluh. Dia bosan, dia tidak tahu nak buat apa.
Baca novel? Jemu juga. Nak berborak dengan Asiyah dan Jasmin, tapi mereka berdua turun main badminton.
Akhirnya Fakira turun ke pintu pagar utama asrama. Dia membawa dompet kecilnya bersama.
"Nak pergi mana tu, Fakira?" Soal Pak Walid. Orang tua itu guard untuk bahagian asrama, jadi memang patut pun Fakira di soal bergitu.
"Saya nak pergi kedai runcit sebelah tu kejap. Boleh?" Jawab Fakira.
"Boleh, tapi kena tulis nama dekat buku ni dulu. Nanti warden cari korang pula." Kata Pak Walid seraya buku log keluar masuk asrama di hulurkan.
Tanpa membuang masa, Fakira menulis namanya, tarikh dan pukul berapa dia keluar.
"Dah siap. Saya pergi dulu." Kaki Fakira melangkah laju ke kedai runcit di sebelah SMKTC.
"Ha, elok-elok." Pesan Pak Walid.
~
Keropok-keropok tidak menarik perhatian Fakira. Maggie pedas di pegang dua bungkus. Satu air tin nescafe juga dia ambil.
"Ini sahaja, dik?" Soal juruwang wanita itu.
"Ya. Berapa semua?" Soal Fakira.
"Semua RM 12. Jual ye." Kata juruwang itu lagi. Fakira senyum dan meletakkan duit di atas meja kaunter.
Dia bergegas keluar untuk balik ke asrama. Dia perlu makan maggie ni sebelum rakan sebilik asramanya pulang. Habis diorang makan nanti!
Kalut-kalut Fakira berjalan sehinggakan dia terlanggar seseorang yang tinggi. Barang-barangnya jatuh ke lantai.
"Oh sorry sorry. Saya tak perasan kau tadi." Kata Fakira sambil mengutip semula plastik yang penuh dengan barangan yang di beli tadi.
"Tak apa." Pendek sahaja lelaki itu menjawab.
Macam tak ikhlas je?
Fakira memandang ke wajah lelaki itu. Lelaki ni bukan ke...
~
"Oi, Jasmin. Asiyah." Panggil Fakira.
Jasmin dan Asiyah yang ralik bersembang itu memandang ke arah Fakira. Nasib baik kelas 5 Landskap tak ada orang. Mudah untuk Fakira bercakap dengan dua kawannya itu.
"Apa cita surat tu? Mesti mamat tu buang en?" Soal Fakira. Dia bukan nak ambil tahu, dia saja nak tahu sikit perkembangan surat tu.
Jasmin dan Asiyah tersenyum nakal. Fakira gerun.
"Kenapa?"
"Kau tau tak, nasib kau tak tulis nama kau dekat surat tu. Kalau tak, satu sekolah ni tahu kau yang tulis." Ujar Asiyah sambil ketawa. Fakira semakin pelik.
"Apa yang jadi? Cuba cerita." Soal Fakira lagi. Tiba-tiba terasa tidak sabar nak tahu.
"Najmi, kawan rapat Dzafir tu, tunjuk dekat satu kelas surat tu. Cikgu Rosmalina pun tahu pasal surat tu. Tapi dia cakap 'Eh, budak macam kau pun dapat surat cinta eh?'." Cerita Jasmin panjang lebar.
Terkedu Fakira dibuatnya. Nasiblah dia tidak menulis namanya. Kalau tak, nahas!
-to be continued.
YOU ARE READING
C | TOD (TRUTH OR DARE)
Teen Fiction#BOOK_3 I choose dare to know the truth in your heart. ©️cikanggun | 2023 [Based on a true story] cover by @yourainynight <33 ‼️short story & short chapters‼️