22 | adriana.

70 9 3
                                    

MATA dicelik perlahan-lahan. Sinaran cahaya lampu yang terang itu membuatkan Fakira memejamkan matanya semula. Dia cuba untuk bergerak tetapi tangannya di ikat dengan rapi sekali membuatkan dia tidak boleh bergerak dengan mudah.

Setelah beberapa minit berusaha untuk membuka ikatan di tangannya itu sendiri, baru dia sedar yang dia tidak keseorangan.

Seorang perempuan yang sedang duduk di atas kerusi di hadapannya itu sedang memerhati setiap geraknya. Siapakah dia?

Hanya satu lampu yang terpasang, jadi agak susah untuk melihat rupa perempuan itu, tetapi dia tahu perempuan itu sedang tersenyum sinis padanya.

"Kau siapa? Kenapa kau bawak aku ke sini?" Soal Fakira dengan intonasi yang marah. Dia cuba mengawal kemarahannya, tetapi tidak boleh.

"Ala, janganlah marah-marah. Aku nak main je." Ujar perempuan itu. Fakira berdecit. Main? Main apa sampai ikat tangan orang macam ni? Ni dah macam menculik.

"Kau ni baru keluar dari hospital sakit jiwa ke apa? Mana ada orang main macam ni." Kata Fakira.

"Alamak, macam betul pun ada haha. Tapikan, Nur Fakira Sufia, takkan la tak kenal aku ni siapa..." Perempuan itu berdiri dari kerusinya.

Fakira hairan, kenapa perempuan itu menyoalnya tentang identiti dia?

"Aku kenal kau ke? Kau siapa?" Soal Fakira.

Perempuan itu terus berjalan ke arahnya. Terpapar terus wajah perempuan itu. Fakira membulat mata.

Adriana?

"Kau?"

"Ye, kenapa? Haih, kau ni kan, aku dah pesan awal-awal jangan kacau Dzafir aku. Kenapalah kau ni bengap sangat." Kata Adriana seraya cutter knife di letak pada pipi Fakira.

"Muka kau ni tak adalah cantik sangat. Buruk je aku tengok, tapi kenapa Dzafir suka sangat dengan kau? Tak apa, aku akan burukkan lagi muka kau ni." Adriana tersenyum jahat.

Fakira mengesot ke belakang sedikit, mahu mengelak dari pisau itu terkena pada wajahnya. Gila! Ini kerja gila! Hanya di sebabkan Tengku Dzafir, Adriana sanggup berbuat demikian!

"A–Adriana! Kau gila ke apa?! Pisau bukan mainan lah!!" Jerit Fakira. Sungguh dia sangat takut sekarang. Walaupun di sekolah dia menunjukkan perangainya yang berani dan senyap, tetapi dia masih tahu erti takut.

"Alah, kan aku cakap aku nak main, mesti aku bawa mainan sekali. Ni la mainan aku. Kau nak tengok apa hasil bila guna mainan ni?" Ujar Adriana seraya ketawa dengan penuh psiko.

Lengan bajunya di selak bagi menampakkan pergelangan tangan kanannya. Penuh dengan kesan torehan! Ya Allah!

"Ni semua sebab Tengku Dzafir Afwa! Kau tahu tak? Dia penyebab semua ni berlaku! Aku ingatkan kalau aku boleh tarik perhatian dia, dia akan tengok aku, tapi tak! Dia selalu nampak kau! Aku sukakan dia dulu! KAU SIAPA NAK RAMPAS DIA DARI AKU SIAL!" Pisau yang di pegang tadi terus di halakan kepada wajah Fakira.

Fakira cuba mengelak dengan berguling ke tepi. Dia sempat melihat wajah Adriana. Adriana sudah seperti orang gila!

Akhirnya Fakira boleh berdiri. Dia cubba berlari ke arah pintu. Dia memulas tombol pintu dan pintu terbuka. Fakira tanpa membuang masa terus meluru keluar dari tempat itu. Dia menahan air mata dari keluar, tidak mahu kelihatan lemah.

"FAKIRA! KAU DATANG SINI BALIK!" Jerit Adriana. Bahu Fakira terhinjut mendengar jeritan Adriana yang sudah hilang kewarasan itu. Ngeri!

Fakira lari sehingga dia rasa yang dia sudah jauh dari tempat itu. Bila dia lihat sekeliling, semuanya hutan. Di manakah dia sekarang ni? Tangannya masih belum boleh dibuka ikatan. Perasaan ingin menangis dan meminta tolong sedang membuak-buak nak keluar, tetapi dia menenangkan dirinya.

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now