19 | hectic.

89 10 0
                                    

HABIS sahaja cuti sakit. Fakira pergi sekolah seperti biasa dan paling tak boleh belahnya, SPM sudah bermula, tetapi Fakira sudah mengulang kaji di asrama. Jadi dia tidak gelabah sangat.

Pagi itu pukul 8:30, semua pelajar berada di kantin untuk mengulang kaji. Ada juga yang berada di perpustakaan nak mengulang kaji di tempat yang senyap sunyi.

"Argh! Aku risau lah! Macam mana aku tak dapat score!" Teriak Syafiah seraya kertas yang tertulis segala nota di humban ke wajahnya. Fakira dan yang lain hanya ketawa melihat perangai kebudak-budakkan Syafiah.

"Jangan risau lah. Kau dah tak boleh berpatah balik dah, Piah. Kau kena tawakal je." Ujar Auni sambil menyusun nota-notanya kembali ke dalam fail di dalam beg sekolah.

Auni ni budak TOP sekolah memanglah dia tawakal je. Gifted punya orang!

Fakira dan yang lain hanya memandang Auni dengan perasaan cemburu.

Auni yang perasan akan pandangan rakan-rakannya itu terus terasa janggal.

"Asal tengok aku camtu? Betul la kan apa aku kata tu?" Kata Auni hairan.

"Ikut kau la Auni oi." Balas Hanis seraya buku notanya di belek-belek bosan.

Yee Rou dan Yi Xuan pergi ke perpustakaan. Mereka berdua lebih selesa mengulang kaji di tempat yang sunyi. Lebih kusyuk katanya. Ilmu mudah masuk.

Lain macam punya cara ulang kaji.

"Um, morning Fakira. Ini untuk kau." Suara garau yang cukup Fakira kenali itu membuatkan Fakira hanya mendiamkan diri. Malas layan.

Syafiah, Auni dan Hanis sudah tersenyum nakal. Mereka bertiga menepuk-nepuk lengan satu sama lain, suka dengan drama pagi-pagi ni!

"Susah-susah je. Terima kasih la, Dzafir, tapi–" Belum sempat Fakira nak menghabiskan ayatnya, Syafiah lebih laju memotong.

"Wah wah, sedap ni! Kami memang suka coklat-coklat ni. Kami pun ucap terima kasih. Terharu kitaorang. Love you, Fir." Selamba sahaja minah itu mengucapkan love you pada Tengku Dzafir.

Dzafir terkejut mendengar ayat itu dari mulut Syafiah.

"Tapi aku bagi ni dekat Fakira–"

"Hadiah Fakira, maknanya hadiah kitaorang jugak. Thanks, Fir." Kata Auni pula sambil mengukirkan senyuman nakal, suka mengusik!

Merah teruk wajah Dzafir. Dia malu dengan rakan-rakan Fakira!

"Shush, korang ni jahatla. Kau, Dzafir, belah la. Tak nampak ke kami tengah ulang kaji ni?" Kata Fakira tegas. Garang betul awek ni.

–––

KEPALA di rehatkan di atas meja. Tidak mahu ingat apa yang di tulis di atas kertas peperiksaan tadi. Fakira terasa dirinya tiba-tiba bodoh. Bukannya dia tidak ulang kaji habis-habisan, tetapi bila masuk ja ke dalam dewan peperiksaan otaknya seperti kosong.

Rakan-rakan Fakira yang lain semuanya pergi beli makanan dan minuman nak menenangkan jiwa mereka selepas berperang dengan kertas soalan.

"Kau okay? Nah aku belikan milo tin." Ujar Dzafir seraya dia duduk di sebelah Fakira. Air milo tin itu di dekatkan pada pipi Fakira. Sejuk!

"Ish tak payah nak letak dekat pipi la. Sejuk." Kata Fakira. Air milo tin itu di ambil dan minum. Rezeki jangan di tolak.

Dzafir tersenyum melihat Fakira menikmati air milo yang dibelinya. Dia suka.

"Macam mana? Boleh jawab paper harini?" Soal Dzafir. Fakira mengeluh perlahan. Dia rasa sakit hati bila teringatkan kertas peperiksaan tadi. Rasa mahu tumbuk-tumbuk ja.

"Malas aku sembang pasal paper exam. Menyampah." Jawab Fakira seraya menjeling wajah Dzafir. Mamat ni tak reti baca mood ka?

"Oh, sorry sorry. My bad." Kata Dzafir rasa bersalah. Dia cuma nak borak-borak je, tidak sangka Fakira rasa menyampah pula.

Bodoh Dzafir. Kau bodoh. Kata Dzafir di dalam hati.

 Kata Dzafir di dalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

to be continued.

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now