02 | dare!

193 11 4
                                    

TANGAN Fakira ditarik laju oleh Asiyah dan Jasmin. Bab nak pekena orang memang laju diorang ni!

"Woi, slow la sikit. Laju-laju nak pergi mana. Baru pukul 6:40 pagi la!" Kata Fakira sambil merengus geram. Habis lengan baju sekolahnya berkedut.

"Kena cepat! Kau nak kantoi ke?" Marah Asiyah pada Fakira. Blur punya betina!

Fakira mengeluh lalu dia turut berlari sekali mengekori dua ekor monyet dihadapannya itu.

Sampai sahaja di kelas 5 Landskap itu, Fakira lekas-lekas menyelit surat cinta yang tak berapa cinta di dalam buku teks milik Dzafir lalu dia meletakkan semula buku teks tersebut di laci meja.

"Done. Dah bye aku nak masuk kelas dulu." Fakira membiarkan dua rakannya di dalam kelas 5 Landskap.

Dia melangkah santai ke kelas 5 Sains yang berdekatan dengan tangga utama bangunan Tingkatan 5.

Fakira melangkah masuk ke dalam kelas dan nampak rakan sekelasnya, Najihah yang sedang kusyuk membetulkan tudung di hadapan cermin.

Memang Najihah orang yang paling awal datang sekolah. Bangun pukul berapa pun tak tahu. Rajin betul.

Fakira hanya duduk dan buat kerja sendiri. Ulang kaji itu pasti sebagai pelajar kelas 5 Sains. Budak kelas yang dikatakan pandai kannn.

Lepas beberapa orang masuk ke kelas dia masih duduk di situ sorang-sorang.

"Morning Fakira." Tenang sahaja suara lembut itu menyapa. Sudah boleh teka siapa empunya suara manis itu. Hanis.

"Morning." Jawab Fakira dengan senyuman biasa. Tidak rajin nak senyum sampai telinga pagi-pagi ni, buang tenaga.

Selepas beberapa minit, ramai lagi pelajar kelas 5 Sains masuk ke dalam kelas seperti biasa. Hanya suara memberi salam yang kedengaran.

"Morning."

"Morning, Auni." Jawab Fakira sekali lagi pada Auni yang sedang meletak beg galasnya di kerusinya.

"Kau kenapa rajin sangat ni?" Usik Auni pada Fakira. Mula dahhh.

"Biar la, aku nak pandai." Balas Fakira sambil tersenyum sinis yang di buat-buat.

Tak sampai beberapa saat, suara riang seseorang yang sangat dikenali itu membuatkan mereka berpaling ke arahnya.

"Morning morning!"

-to be continued.

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now