23 | proposal.

84 8 7
                                    

WAJAH Dzafir di pandang lama. Entah kenapa Dzafir kelihatan segak pada hari ini.

"K-Kenapa pandang aku macam tu?" Soal Dzafir hairan seraya tersenyum malu. Suka la tu crush pandang lama-lama.

"Tak ada apa lah. By the way kan, Dzafir."

"Hm?" Soal Dzafir.

Fakira ketawa sebelum bercakap pada Dzafir. Pergelangan tangannya di tilik sebentar lalu dia memandang semula wajah Dzafir.

"Aku tak rasa kau perlu balut pengelangan lengan aku ni. Bukannya sakit pun. Kau ni risau lebih je. Merah sikit ja nih." Ujar Fakira seraya mengeluh. Dzafir balt habis tangannya itu, dah macam kudung!

Dzafir memuncungkan mulutnya macam itik, tanda protes.

Nak tolong sikit pun tak boleh!

Fakira ketawa melihat wajah Dzafir yang kelihatan seperti budak-budak itu.

Dzafir terkejut mendengar Fakira ketawa kerananya. Ini buat kali pertama Fakira tersenyum gembira sehinggakan nampak gusi.

Dzafir memandang wajah Fakira dengan lama. Kulit tidaklah putih mana, tetapi nampak bersih di mata Dzafir. Bulu mata lentik Fakira menyempurnakan lagi rupanya.

Fakira yang perasan akan renungan Dzafir, terus menjadi serius semula.

"Ehem, so dengar cerita Adriana tu sebenarnya bipolar. Betul ke?" Soal Fakira pasa Dzafir.

Dzafir mengangguk. Dia mengeluh kerana penat. Ini adalah antara sebab kerana Adriana tidak bersamanya lagi.

"Ya, dan sebab itulah aku break dengan dia. Dahla, aku malas cerita pasal dia. Tak suka. Sekarang.." Dzafir berdiri dan berjalan ke arah Fakira dengan senyuman manis.

"Sekarang apa?" Soal Fakira.

Dzafir terus membongkokkan badannya untuk memandang anak mata milik Fakira. Fakira terkedu, badannya mengeras.

"Nur Fakira Sufia Binti Abdul Hakim." Tutur Dzafir satu persatu. Fakira hanya mendiamkan diri, ingin mendengar apa yang Dzafir ingin katakan selepas itu.

Senyap. Sunyi sepi keadaan semasa mereka berdua bertentangan mata. Mereka bagaikan di dunia sendiri, tanpa gangguan dari orang lain. Hanya bunyi degupan jantung masing-masing yang kuat sekarang.

"Jom kahwin–"

"FAKIRAAAAA!! SAYANGKUUU!!" Jerit seseorang.

Fakira dan Dzafir terkejut lalu mereka cuba berlakon tiada apa-apa yang berlaku. Dzafir yang tadi membongkok, terus berdiri dan memandang ke arah tingkap, berlakon yang dia sedang memerhati keindahan luar. Fakira pula pura-pura sedang minum air kosong dari cawan yang entah bila berada di sebelah katilnya itu.

"Piah! Bising la gila!" Marah Auni pada Syafiah. Syafiah yang berlari-lari ke arah Fakira terus lompat ke atas katil dan memeluk Fakira dengan kemas sekali.

Tersedak air yang Fakira minum.

"Uhukk uhukk! Piah! Kau ni!"

"Sorry la wey, dia nak sangat datang jumpa kau. Nasib lah Cikgu Maimunah benarkan." Kata Hanis sambil ketawa. Yee Rou dan Yi Xuan turut ada disitu memerhati apa yang telah terjadi. Malu memang malu dengan perangai Syafiah, tapi nak buat macam mana kan.

"Urm, Fakira. Aku pergi dulu ya, nanti kita sembang lagi." Ujar Dzafir. Semua terus memandang ke arah Dzafir dengan serentak.

"Ha, ya ya. Kau pergi la dulu. Bye." Fakira melambai Dzafir yang meluru keluar dari disitu.

Syafiah terus bangun berdiri dan memandang Fakira dengan senyuman nakal.

"Aku ada bau nasi minyak geng!" Kata Syafiah seraya menepuk tangan dengan teruja.

"Kau asal tak bagitahu korang dah together huh? Berahsia-rahsia pulak ye." Usik Auni pada Fakira. Fakira hanya mendiamkan diri apabila teringatkan apa yang Dzafir kata tadi. Bukannya dia tidak dengar, dia dengar sebenarnya. Cuma Syafiah yang terjah mereka berdua secara tiba-tiba, jadi Dzafir tidak sempat nak habiskan ayatnya.

Entah kenapa, hati Fakira berbunga-bunga.

Entah kenapa, hati Fakira berbunga-bunga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

to be continued.

jeng jeng jengggggg

C | TOD (TRUTH OR DARE)Where stories live. Discover now