Setelah sekian lama menghadap jammed akhirnya mereka sampai juga di tempat mereka hendak di tuju. Kuala Lumpur ke Putrajaya hanya mengambil masa 1jam sahaja tetapi itu lah disebabkan jammed mereka tiba lambat di sini. Pape pun biar lambat, asalkan selamat.
Mereka berdua mula meloloskan diri masuk ke dalam rumah.
"Wahh cantiknyaaa rumah papa awak pilih" puji Qaseh. Matanya bersinar-sinar melihat kecantikan pada rumah itu.
"Tengok la ayah siapa." Saja mahu riak.
Qaseh hanya palau sahaja Ariel. Dia perlahan lahan berjalan mendekati perabot yang elok disusun.
Ariel yang perasan itu hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
"Kau ni darat ke apa tak pernah tengok rumah ha?" sindir Ariel sambil membawa bagasinya ke arah tangga.
"Haah. Darat. Kenapa?"
Dan tidak sewenang wenangnya Ariel terkejut dengan respon spontan dari Qaseh itu.
"Pandai menjawab eh. Aku bagi kang sat gi baru tahu" katanya perlahan sahaja. Dia menggulingkan matanya ke atas sebelum dia mendaki tangga menuju ke arah bilik tidurnya aras dua.
Qaseh masih lagi terpegun dengan kecantikan rumah itu. Sesungguhnya dia tidak pernah melihat rumah sederhana tetapi dalamnya sangat luar biasa.
Memang cantik sangat lah!
꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂
"Assalamualaikum mama papa!"
Datin Zarina dan Dato' Mukhris yang rancak berbual di ruang tamu itu laju saja memandang ke arah pintu sambil menjawab salam. Terlihat anak sulung nya iaitu Anas Aqasha sedang berjalan bersama isterinya dan seorang anak lelaki lingkaran umur 7tahun.
"Ya allah cucu tok ma dah sampai dahh!" Teruja Datin Zarina dibuatnya setelah sekian lama tidak melihat cucunya. Sudah 5bulan lebih agaknya tidak pulang ke rumah.
"Haa kamu baru sampai.. adik kamu Ariel baru je bertolak ke Putrajaya" kata Dato' Mukhris. Dia memandang anak sulungnya yang sedang berjalan ke arahnya.
"Ye ke, pa? Buat apa dia pergi sana? Ada projek baru ke nak buat?" soal Anas bertalu-talu setelah dia sudah bersalaman dengan ayahnya itu.
"Mama.. Farah pergi letak beg pakaian ni dekat atas dulu eh? Mama main la dengan cucu mama yang sorang ni" kata Farah Batrisya isteri kepada Anas Aqasha itu.
"Ha ye la." Datin Zarina mula berpaut tangan dengan cucunya.
"Zayyan, apa kata tok ma bawa Zayyan pergi dapur? Tok ma baru je restock makanan baru dalam peti ais tu" kata Datin Zarina kepada cucunya dengan perasaan teruja.
"Ye ke, tok ma? Kalau macam tu.. jom-jom kita pergi sekarang." Zayyan mula menarik lengan Datin Zarina menuju ke dapur. Tergopoh-gopoh Datin Zarina dibuatnya.
YOU ARE READING
Bukan Cinta Pertama [✔︎]
Roman d'amourKehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...