Kehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...
Dato' Mukhris, Datin Zarina, Ariel dan Qaseh kini berkumpul di ruang tamu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Sayang, bagitau la diorang apa yang awak nak sampaikan tu" kata Datin Zarina kepada suaminya.
"Okay baik. Memandangkan perkhawinan Ariel.. papa dengan mama yang uruskan tanpa kamu sendiri yang cari.. dan papa pun tahu anak papa ni susah untuk jatuh cinta dengan seseorang perempuan jadi dengan itu papa nak Ariel tinggal di rumah sendiri dengan Qaseh.. hanya berdua.. untuk mengeratkan hubungan Ariel dengan Qaseh Qaisarah" jelas Dato' Mukhris kepada anaknya. Qaseh juga turut tekun dengan perjelasan yang disampaikan oleh Dato' Mukhris itu.
"Tapi pa.. kan awal lagi?"
"Awal la lagi bagus, Ariel" celah Datin Zarina.
Ariel merengus perlahan.
"Qaseh pula macam mana? Setuju tak dengan cadangan mama dengan papa?" tanya Datin Zarina apabila dia melihat Qaseh hanya mendiamkan dirinya sahaja.
"Qaseh setuju je mama papa.. tapi tu la." Qaseh memberi isyarat menunjukkan jari telunjuknya ke arah Ariel Asyraf disebelah.
"Ariel, macam mana? Setuju tak?" Datin Zarina ingin tahu apa keputusan dari mulut Ariel sambil memandang anaknya. Risau kalau si budak Ariel ni tak setuju.
Ariel menarik nafas mendalam lalu perlahan lahan melepaskan. Wajah ibu bapanya di pandang bersilih ganti dan dituruti wajah isterinya.
"Baik. Ariel setuju dengan keputusan mama dengan papa"
Dan tidak sewenang-wenangnya Datin Zarina menarik senyuman gembira. Lega bila anaknya yang keras kepala ni setuju.
"Alhamdulillah." Hanya itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut Dato' Mukhris. Senyuman dibibirnya hanya terukir tipis.
Qaseh juga turut senyum tipis setelah mendengar keputusan yang keluar dari mulut suaminya itu.
"Tapikan cakap pasal rumah sendiri.. kitorang belum cari lagi rumah nak tinggal" kata Ariel. Fikirannya baru terlintas.
"Alaaa kamu ni.. tak payah susah-susah nak cari.. mama dengan papa dah sediakan dah untuk Ariel dan Qaseh.. jadi anggap la rumah ni hadiah perkhawinan Ariel dengan Qaseh yee" kata Datin Zarina sambil tersenyum.
"Jadi ni kuncinya." Dato' Mukhris memberikan kunci rumah itu kepada Ariel.
Ariel menyambut huluan kunci rumah itu dari ayahnya.
"Jadi bila korang nak pindah?" soal Dato' Mukhris.
"Eh sayang ni.. awak cakap macam tu macam awak nak halau dorang keluar dari rumah ni je" amarah kecil Datin Zarina sambil menepuk perlahan peha suaminya itu.
"Eh mana ada. Saya cuma tanya je.. bukannya halau dorang keluar dari rumah ni." Dato' Mukhris tidak mahu mengalah.