Sekarang waktu kepulangan kerja Rania dan Syafiq. Mereka berdua bercadang untuk minum di kafe terdekat dahulu sebelum pulang ke rumah masing-masing.
"Sekarang baru pukul 8:39 malam.. saya rasa kafe dekat sini still lagi buka" kata Syafiq dengan mata meliar-liar mencari kafe di kawasan tempat kerjanya.
"Kalau macam tu kita pergi kafe sana la.. kalau dekat situ pukul 11 malam baru tutup" kata Rania sambil menjuihkan bibirnya ke arah kafe yang dikatakan itu.
"Kalau macam tu jom la"
"Jom!"
Baru sahaja mereka berjalan 3 langkah tiba tiba Rania ternampak figura yang amat dikenali.
"Sayang, stop!"
"Aduihh! Sakit perut saya ni sayang!" jerit kecil Syafiq sambil memegang perutnya. Wajah sudah tentu menahan sakit.
"Saya rasa macam kenal je perempuan dekat depan sana tu" kata Rania sambil mengecilkan matanya.
"Mana?" Syafiq turut memandang ke arah yang dikatakan oleh Rania.
"Tuuu dekat depan sana tuuu"
Syafiq mengecilkan matanya. Apabila jelas dia terkejut seketika.
"Tu bukan ke Emylia?"
"Ye laa.. dia la tu.. tapi dia borak dengan lelaki mana tu"
"Entah la saya"
"Apa kata kita pergi dekat sikit.. sorok belakang dinding sana tu" cadang Rania untuk curi-curi dengar apa berbualan antara Emy dengan seorang lelaki itu.
"Boleh jugak! Jom-jom kita pergi!" Syafiq setuju dengan cadangan Rania. Dengan itu Syafiq terlebih dahulu menyambar pergelangan tangan Rania dan berlari ke arah dinding yang dikatakan oleh Rania sebentar tadi.
"Kau boleh sabar tak? Kau cakap 3 bulan.. sekarang 3 bulan pun tak sampai tahu tak" bentak Emy dengan nafas tidak keruan itu.
"Kau faham tak perempuan aku cakap aku nak pakai duit"
"Ye aku faham. Tapi bagi la aku masa untuk bayar duit kau tu"
Farish merengus kasar. Hilang sabar betul dengan perempuan ni. Hari tu kemain minta tolong macam orang terdesak. Sekarang dia pula yang terdesak minta duit dengan perempuan ni. Kalau bunuh apa pun tak dapat.
"Okayy. Aku bagi kau masa.. tapi 3 minggu"
Terbeliak kecil mata Emy dibuatnya.
"What?! 3 minggu?! Kau gila ke apa?!"
Farish berdecit sinis.
"Gila ke tak gila ke.. asalkan aku bagi masa dekat kau.. so pandai-pandai la kau adjust eh.. tapi.. kalau 3 minggu kau tak boleh nak bayar jugak.. aku harap kau ready la eh untuk santapan aku setiap malam" kata Farish selamba sebelum dia berlalu pergi dari situ.
"Sayang! Sayang! Dia datang!" Gelabah Rania dibuatnya apabila dia melihat Farish berjalan ke arahnya.
Dan apabila Farish melintasi mereka.
"Sayang... kenapa lambat sangat awak nak sampai.. lenguh dah kaki saya tunggu awak dekat sini tau." Rania mula berlakon menggedik dengan Syafiq sambil membuat muka comelnya.
Farish hanya menggerling sekilas sahaja lalu dia melangkah pergi dari situ sambil menggelengkan kepalanya. Geli agaknya dengan agenda itu? HAHAHA.
Apabila Rania melihat Farish semakin jauh dengannya itu secara tidak langsung dia kembali normal manakala Syafiq memandangnya dengan semyuman.
"Comel je awak buat macam tu sayang?"
"Ish awak ni! Saya main-main je tau!"
Tercetus ketawa Syafiq dibuatnya manakala Rania menggulingkan matanya ke atas. Dia pun tidak tahu mengapa dia buat begitu sebentar tadi. Eee! Geli sungguh!
![](https://img.wattpad.com/cover/319703793-288-k891037.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Cinta Pertama [✔︎]
RomanceKehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...