Ariel memberi kebenaran kepada Qaseh untuk pergi ke tanah perkuburan. Tujuan Qaseh untuk pergi ke sana ialah melawat arwah suami pertamanya. Kira-kira sudah lama Qaseh tidak melawat suaminya semenjak dia khawin dengan Ariel Asyraf. Hari terakhir Qaseh pergi melawat arwah suaminya ialah hari sebelum dia berkhawin dengan Ariel Asyraf.
Setelah sudah Ariel dan Qaseh membaca surah yaasin. Qaseh memberi surah yaasin itu kepada Ariel dan Ariel menyambutnya. Tangan kanan Qaseh beralih pada batu nisan arwah suaminya.
"Assalamualaikum Hariss Luqman sayang, pertama sekali saya nak minta maaf sebab dah lama tak datang jenguk awak.. sorry kebelakangan ni saya tak larat sikit.. nak tahu tak kenapa saya tak larat? Sebab saya dah mengandung dah.. dah nak masuk 1 bulan dah.. tapi sayang.. ni bukan anak hasil dari kita.. tapi dari orang lain.. dari suami kedua saya.. tapi saya sedih sebab tak sempat nak merasa ada anak dengan awak.. awak terlalu awal pergi tinggalkan saya.. jujur saya cakap.. saya macam orang gila masa awak tinggalkan saya buat selama-lamanya.. dan jujur jugak saya tak nak ada orang ganti tempat awak." Air mata Qaseh mula mengalir.
"Tapi.. tapi saya kesiankan mama.. sebab dia berusaha nak jadikan saya ceria balik.. dan dia cari suami untuk gantikan tempat awak.. saya tak nak.. tapi bila saya fikirkan balik sampai bila nak macam ni.. awak pergi memang dah tak akan kembali dah.. so dalam seminggu saya fikir.. and yes saya terima dia dengan hati yang terbuka.. saya dah mula sayang dia, cintakan dia macam mana saya sayang dan cintakan awak." Mata dan hidung Qaseh mula kemerahan. Dia mengesat air matanya yang tidak berhenti mengalir.
"Kalau awak nak tahu.. dia ada dengan saya sekarang ni.. kejap eh saya panggil dia." Qaseh menoleh ke arah Ariel yang tidak jauh darinya.
"Sayang, meh sini cakap sikit dengan arwah suami pertama saya" panggil Qaseh lembut.
Ariel hanya akur. Dia berjalan mendekati Qaseh.
"Nak cakap apa?"
"Ish awak ni.. cakap je la pape pun"
Ariel mencangkung disebelah Qaseh.
"Assalamualaikum, saya Ariel Asyraf suami kedua isteri abang.. walaupun kita beza umur 2 tahun tapi saya akan jaga Qaseh macam mana abang jaga dia masa abang hidup dulu.. saya akan sayang dia, cintakan dia, jadi suami yang penyayang buat dia dan jadi ayah yang terbaik buat anak-anak saya dengan dia nanti.. tapi bang.. saya nak minta maaf sebab masa mula-mula dia jadi isteri saya.. saya layan dia macam orang tak ada perasaan.. tapi bang sekarang saya dah betul-betul menyanyangi dia dengan setulus ikhlas dari hati saya.. walau apa pun terjadi saya akan tetap pertahankan rumah tangga saya dengan dia" kata Ariel dengan tangan mengusap perlahan pada batu nisan arwah suami Qaseh.
Qaseh yang mendengar itu sudah memandang Ariel dengan senyuman terharu. Air mata yang baru sahaja mahu kering itu dipipinya kembali basah semula kerana dia sangat-sangat terharu dengan kata-kata yang keluar dari mulut Ariel.
"Dan saya janji jugak saya akan jaga Qaseh Qaisarah sampai hujung nyawa saya"
꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂
Hari ini Syafiq dan Rania mengambil cuti atas alasan mahu mencari baju perkhawinan mereka. Ye!setelah Syafiq melamar Rania untuk jadikan isteri, Rania terus menerimanya kerana hubungan mereka sudah beberapa tahun tanpa ikatan yang sah. Jadi kali ni mereka mahu menghalalkan antara satu sama lain. Syafiq pernah berkata kepada Rania ' susah la belum halal ni, saya teringin sangat nak ada anak sendiri '. Ye kata-kata itu membuatkan Rania seperti mahu menghilang dari bumi. Haih susah betul ada lelaki jenis obsess dengan budak-budak ni. Apa-apa pun dari situ kita boleh lihat bagaimana Syafiq menyayangi anaknya nanti. Auww~
YOU ARE READING
Bukan Cinta Pertama [✔︎]
RomanceKehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...