Bab 21 - BUKAN CINTA PERTAMA

1.6K 59 2
                                    

Sebulan telah pun berlalu. Kini hari perkhawinan Rania bersama Syafiq telah pun tiba. Ariel dan Qaseh sekarang sedang bersiap untuk pergi ke majlis perkhawinan Syafiq dan Rania pada hari ini. Kebetulan selepas Ariel dan Qaseh baru sahaja pulang dari rumah ibunya pada 3 hari yang lepas, mereka langsung dapat kad jemputan dari Rania melalui pos laju. Sengaja si Rania bagi lambat kad jemputan itu. Katanya nak buat kejutan untuk Ariel dan Qaseh. Haihh macam-macam betul la makcik Rania ni.

Oh lupa! Cakap pasal Qaseh. Btw kandungan dia dah masuk 2 bulan 3 minggu dah. Perutnya yang tak seberapa boyot hari tu, sekarang dah nampak dah sikit perutnya yang semakin membesar. Jadi buat masa sekarang Ariel melarangnya untuk memakai baju-baju yang boleh menampakkan perut badannya. Maksudnya, Ariel tidak membenarkan Qaseh berpakaian ketat. Ariel hanya menggalakan Qaseh memakai baju khas untuk ibu mengandung sahaja sepanjang mengandung ini.

Namun begitu, Qaseh hanya menurut sahaja kata-kata Ariel kerana Ariel sudah memberi syarat kepadanya kalau tidak mengikuti syarat yang diberi, Stock makanan dikabinet ataupun dalam peti ais tidak akan di isi oleh Ariel. Haih kalau lah dibuat pilihan makanan dengan Ariel agak-agak Qaseh akan pilih yang mana?

Ariel?

Atau..

Makanan?

Jawapan terletak pada Qaseh la ye~. Hehehehe.

"Haih lambat lagi ke bini aku nak siap?" rungut Ariel apabila dia menunggu Qaseh hampir 20 minit.

Ariel mengambil telefonnya di dalam poket seluar. Kenalan Qaseh ditekan sebelum dia meletakkan telefon itu ditelinganya. Jangan pelik kenapa si Ariel berbuat demikian kerana sekarang ini dia berada di ruang tamu bawah manakala Qaseh berada di bilik tingkat atas. Jadi disebabkan itu la dia call Qaseh sahaja atas alasan malas nak naik atas.

Trut trut trut tru—

"Eh sayang dah kenapa pulak awak call saya ni? Awak dekat bawah je kan?"

"Ye sayang, saya dekat bawah ruang tamu ni je"

"Laa habis tu kenapa awak call saya?"

"Sayang lambat lagi ke nak bersiap tu? Dah 20 minit dah ni tau"

"Ishh sabar la.. saya nak siap dah ni.. tunggu je dekat bawah sana tu"

"Okayy saya naik atas."

"Lah? Dah kenapa pulak? Bukan ke awak malas nak naik atas?"

"Sayang kan tengah mengandung.. kalau awak silap terpijak apa ke dekat tangga nanti macam mana?"

"Tak ada laa.. saya boleh turun sendiri"

"Argh! Tak ada! Saya pergi jugak naik atas tolong awak turun tangga!"

"Eh sayang tak pa—"

Panggilan itu dimatikan oleh Ariel. Kemudian, dia terus bangun dari duduknya dan berjalan ke arah tangga.

Baru sahaja kaki kanan Ariel mahu menjejak anak tangga pertama tiba-tiba Qaseh terlebih dahulu keluar.

Ariel memandang Qaseh tanpa berkelip. Mulutnya pula terlompong kecil melihat kecantikan Qaseh. Tambahan pula dengan perutnya yang sekarang ini sedikit memboyot itu. Akan tetapi masih lagi menawan di mata Ariel. Qaseh ni kalau satu hari tak buat Ariel ni terpegun dengan kecantikan dia memang tak sah.

 Qaseh ni kalau satu hari tak buat Ariel ni terpegun dengan kecantikan dia memang tak sah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bukan Cinta Pertama [✔︎]Where stories live. Discover now