Bab 12 - BUKAN CINTA PERTAMA

1.7K 60 9
                                    

Ariel yang tekun dengan kerjanya itu perlahan-lahan memandang ke arah Qaseh yang sedang menonton drama koreanya di dalam tablet di atas sofa sambil menikmati buah yang dibeli sebentar tadi, sebelum dia membawa Qaseh ke tempat kerjanya. Dia tersenyum apabila mengingati pristiwa yang berlaku di hospital pagi tadi.

"Doktor, macam mana dengan isteri saya? Dia ada sakit apa-apa ke?" soal Ariel bersungguh-sungguh itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Doktor, macam mana dengan isteri saya? Dia ada sakit apa-apa ke?" soal Ariel bersungguh-sungguh itu. Takut ada sebarang penyakit luar yang masuk dalam tubuh isterinya ini.

Doktor yang merawat Qaseh itu hanya tersenyum.

"Sabar encik. Isteri encik tak ada penyakit apa-apa cuma.. dia kena ringankan sedikit kerja berat" ujar Doktor Raihan tersebut.

"Ringankan kerja berat? Maksud doktor?"

Senyuman dibibir Doktor Raihan semakin melebar.

"Tahniah encik Ariel Asyraf. Awak tidak lama lagi akan bergelar ayah kerana usia kandungan isteri awak sudah masuk 2 minggu"

Bagaikan terkedu Ariel dibuatnya dengan kata-kata Doktor Raihan tersebut. Dengan itu, langsung dia memandang ke arah Qaseh.

Terlihat Qaseh juga turut tersenyum. Ariel pula seperti di bekukan. Sungguh dia terkejut dengan kata-kata doktor itu.

Namun begitu, perlahan-lahan senyuman pada bibirnya terukir. Kepala Qaseh diusap dengan penuh kasih sayang dengan bibirnya tidak lekang tersenyum itu.

"Sayang... nak lagi..." rengek Qaseh dengan mulutnya mencebik sambil memandang ke arah Ariel. Haih semenjak nak jadi mak buyung ni manja kemain eh.

Melihat tiada respon dari Ariel itu cukup membuatkan diri Qaseh ini mahu marah. Orang tengah cakap dengan dia boleh pulak dia tenung kita.

"Ish sayang!!"

Ariel langsung kembali ke alam realiti.

"Ye sayang? Kenapa-kenapa?!" Gelabah Ariel dibuatnya dengan jeritan kecil dari Qaseh itu.

"Saya nak buah ni lagi..."

"Nak lagi? Kejap eh saya pergi ambil dekat belakang" kata Ariel sebelum dia bangun dari kerusi kerjanya dan berjalan ke arah dapur.

Hamaklum la bilik si Ariel ni besor sikit dibuatnya. Ye la CEO kann mestila kena bilik luas-luas package dapur dengan bilik air untuk kemudahan dirinya sendiri jugak.

"Ha nah makan." Ariel meletakkan mangkuk berisi buah anggur itu dihadapan Qaseh.

Mulai sekarang si Ariel harus melayani karenah Qaseh sepanjang mengandung ni kerana si Ariel ni pernah baca sedikit info dari google mengenai perangai ibu mengandung. Wuih! Memang kena banyak sabar betul la lepas ni.

"Wahh~ sedapnyaa~ terima kasih sayang~" lerek Qaseh dengan suara manjanya lalu dia mengambil sebiji anggur itu dan menyuapkan ke dalam mulutnya. Tersenyum sambil ketelinga dibuatnya Qaseh sambil menikmati kelazatan buah anggur tersebut.

Bukan Cinta Pertama [✔︎]Where stories live. Discover now