Dari awal sampai hujung mereka berjalan dalam shopping mall itu hanya bertangan kosong sahaja. Katanya nak beli makanan ringan. Tapi tak beli pun?
"Awak.. tadi cakap nak beli makanan ringan? Tapi dari awal sampai hujung kita jalan.. awak tak beli apa-apa pun lagi?" Qaseh mula bersuara. Kakinya dah lenguh dah ni. Dah la pakai heels.
"Asal? Kau dah sakit kaki ke?"
Qaseh mengangguk sambil mencebik.
"Nah. Pegang tangan aku." Ariel menghulurkan tangannya kepada Qaseh.
Qaseh memandang tangan dan Ariel bersilih ganti. Dia merengus perlahan. Berdebar. Sebab dari dulu lagi dia tidak memegang tangan lelaki ini. Kecuali time khawin hari tu.
"Kau fikir apanyaa? Kita dah halal" tegur Ariel apabila dia perasan Qaseh tiba tiba sahaja termenung.
Tanpa banyak bersuara Qaseh langsung memegang tangan Ariel sebelum jari jemarinya melingkar di jari jemari milik Ariel. Terasa tangannya kecil pula apabila dia merasakan tangan Ariel ni besar. Biasa la tangan lelaki.
"Kecilnya tangan kau?" Ariel mahu mengusik Qaseh.
"Ishh diam laa!"
Ariel hanya ketawa sahaja melihat wajah kemarahan Qaseh. Comel.
Sedang mereka berjalan itu tiba tiba mahu Ariel Asyraf dirempuh oleh seseorang. Terdorong ke belakang sedikit Ariel dibuatnya.
"Sorry-sorry saya tak nampak." Perempuan itu meminta maaf kepada Ariel sambil mengambil barangnya yang jatuh.
"No, its okay"
Apabila perempuan itu mengangkat kepalanya.
"Ariel?"
"Emy?"
Manakala Qaseh memandang kedua-dua bersilih ganti.
"Tak sangka jumpa you dekat sini eh, Ariel?" kata Emy iaitu bekas kekasih Ariel ketika kolej dahulu. Dia memandang Qaseh.
"Siapa ni? Mangsa you ke?" kata Emy yang tidak langsung berlapik itu.
"Shut up!" amarah perlahan Ariel.
Emy ketawa sinis.
"Why? Betul la kan apa yang i cakap?"
"Dia bukan perempuan mangsa yang kau sangkakan setan.. dia ni is.teri aku." Sengaja menekankan perkataan isteri sambil merangkul bahu Qaseh. Qaseh hanya mendiamkan dirinya sahaja.
Emy yang ketawa sinis itu perlahan lahan berubah. Terkejut apa yang dikatakan oleh Ariel itu.
꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂
"Bang, agak-agakkan bila la Qaseh tu balik sini.. terbit rasa rindu saya ni dekat dia" kata Puan Marina ibu kepada Qaseh Qaisarah.
"Itu la. Anak kita sorang tu je yang ada.. tapi saya harap dia bahagia la dengan suami baru dia tu" kata Tuan Khairul sebelum dia menyuap mee goreng itu ke dalam mulutnya.
"Saya pun harap macam tu la" sokong Puan Marina sebelum dia juga turut menyuap mee goreng itu ke dalam mulutnya.
꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂
"You dah khawin? But when? Why i tak tahu?"
"Betina macam kau layak ke nak tahu pasal aku ha?" Pedas sahaja perkataan yang keluar dari mulut si Ariel itu. Cukup membuat api kemarahan Emy membuak-buak.
"I tahu dulu i tak setia dengan you.. i curang dengan you.. but why kalau kita betulkan balik hubungan kita?" Sungguh tiada adab percakapannya itu.
"Kau nak sign something tak?"
"Sign apa?"
"Sign rawatan hospital gila untuk kau!" Malas nak bersuara dengan bekas kekasihnya Ariel langsung menarik tangan Qaseh melangkah pergi meninggalkan Emy sendirian di situ.
"Dasar. Kau tunggu. Aku akan buat kau melutut balik dekat aku, Ariel Asyraf."
"Eh eh! Awak slow-slow laa.. kaki saya sakit ni" kata Qaseh apabila Ariel menarik tangannya tanpa henti.
"Eh sorry-sorry.. aku terbawak bawak pulak kemarahan aku dekat dia tadi.. sorry tau Qaseh"
Qaseh hanya tersenyum sambil mengangguk kecil.
"Ye.. tak apa.. tapi siapa perempuan tu?" tanya Qaseh ingin tahu.
Ariel menarik nafas panjang dan menghembusnya.
"Dia Emylia ex girlfriend aku dulu.. tapi tu dulu eh.. bukan sekarang" balas Ariel. Takut kalau si Qaseh ni memikir ke arah lain.
"Ouhh i see~"
"Tapi kau jangan la fikir yang bukan-bukan tau.. sumpah aku dengan dia tak ada pape" kata Ariel sambil mengangkat tangannya. Bersumpah.
"Tak baik tau main sumpah-sumpah"
Langsung sahaja Ariel menjatuhkan tangannya. Dia ketawa kecil.
"Sorry"
"Hm tak apa lahh.. sebelum tu boleh tak kita pergi kedai kasut jap? Saya rasa.. saya tak boleh go la dengan heels ni.. macam betul-betul dah luka dah ni kaki saya" kata Qaseh. Tangannya kembali memegang lengan Ariel untuk seimbangkan badannya.
"Tu laa.. gatal sangat nak pakai heels tu dah kenapa?"
"Saya cuma nak belajar je.. sebab saya tengok orang lain pakai elok je dia jalan" kata Qaseh sambil mencebik mengatakan hal itu.
"Aihh kau ni pun.. cuba ikut gaya kau sendiri, tak payah nak ikut gaya orang lain.. kau gaya kau.. dia gaya dia.. so tak perlu pun kau nak ikut apa yang orang pakai.. just be yourselft." bebel Ariel. Tetapi bebelan dia itu memberi manfaat jugak buat Qaseh.
"Tapi saya—"
"Arh! Tak ada tapi-tapi! Ni aku nak tanya kau.. sebelum kau pakai heels.. kau pakai kasut apa sebelum ni?"
"Saya pakai kasut yang pakai macam tu je.. yang mudah pakai tu.. haa saya pakai yang tu la sebelum ni.. cuma nak try je pakai heels" balas Qaseh sambil memandang Ariel.
"Kalau macam tu.. jom kita pergi kedai kasut and then beli.. lepas tu senang la kau teman aku cari makanan ringan lepas ni"
"Hm ye laa"
꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂
"ARGH! TAK GUNA PUNYA ARIEL!" jerit kuat Emy. Habis berselerak dalam biliknya itu. Kemudian dia melangkah ke dalam bilik air. Cermin di dalam bilik air itu di pandang lama.
"Kenapa dia tak macam dulu? Kenapa dia berubah? Kenapa?" Turun naik nafas Emy. Geram dengan percakapan Ariel terhadapnya sebentar tadi. Memang bagi Emy Ariel sudah berubah 100%.
"Aku nak dia yang dulu.. bukan yang sekarang.. sebab Ariel yang aku kenal TAK MACAM TUH!!" Bergema suara Emy dalam bilik air itu. Rambutnya seperti orang gila memikirkan sikap perubahan Ariel tadi. Sungguh lain dari yang dia kenal dulu.
Berlaga-laga gigi gerahamnya. Terlampau sakit hati bercampur geram. Kepalanya yang menunduk itu perlahan lahan diangkat. Dia tersenyum sinis.
"Macam aku cakap...aku.akan.pastikan.kau.MELUTUT!.dekat aku. Ariel Asyraf." Perkataan melutut dijeritkan. Sungguh gila si Emy sekarang ini. Bengang dengan layanan Ariel terhadapnya.
"just wait and see~"
Bersambung...
YOU ARE READING
Bukan Cinta Pertama [✔︎]
RomansaKehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...