Bab 18 - BUKAN CINTA PERTAMA

1.5K 56 7
                                    

Banyak sungguh dugaan si Ariel Asyraf lalui sepanjang Qaseh mengandung. Memang perlu banyak bersabar layan karenah mengada-ngada Qaseh ni. Kejap nak tu, kejap nak ini. Tetapi tanpa Ariel sedar dia telah mengeratkan hubungan suami isterinya bersama Qaseh. Mereka semakin bahagia sekarang. Kalau nak ikutkan yang malam pertama perkhawinan pada hari itu memang jauh gila beza Ariel yang sekarang ni. Semuanya sebab Qaseh yang berusaha untuk mencuri hati Ariel Asyraf ni. Amboi pandai Qaseh yeee~

"Ish sayang pandang la sini!" bentak Qaseh apabila dia mahu mengambil gambar Ariel tetapi Ariel hanya menundukkan kepalanya sahaja.

"Ambil je la gambar macam ni.. handsome apa" puji Ariel pada dirinya sendiri tanpa memandang Qaseh yang mahu snap gambarnya.

"Hm ye laaa." Qaseh memuncungkan bibirnya lalu jarinya langsung menekan butang snap gambar.

"Nah tengok." Qaseh menujukkan gambar yang diambil tadi kepada Ariel.

Ariel yang menunduk itu perlahan-lahan megangkat kepalanya.

Ariel yang menunduk itu perlahan-lahan megangkat kepalanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Wahh handsome jugak eh saya." Sekali lagi Ariel memuji dirinya.

Qaseh yang mendengar itu hanya menggulingkan matanya.

"Perasan." Perlahan sahaja Qaseh berkata tetapi boleh didengar oleh Ariel.

"Eleh padahal sayang suka kan?"

"Eee mana ada!"

"Ye la tu.. mengaku je la sayang"

"Eh kenapa pulak saya nak mengaku!"

"Ye laa.. awak sebenarnya nak cakap saya handsome kan?"

"Eee tolong la.. tak okay!"

"Ye ke? Habis tu kenapa dari rumah sampai masuk kereta and sampai sini awak pandang saya sambil senyum-senyum?"

Terserentak Qaseh dibuatnya. Matanya perlahan-lahan melemparkan ke arah lain. Mulutnya terkumam kamit mahu mengatakan sesuatu tetapi tidak keluar.

"Ma...mana ada. Awak silap tengok kot" kata Qaseh yang sudah gelisah itu.

Ariel tersenyum senget.

"I know you sayang"

"Awak tahu apa?"

"Saya tahu perangai sayang saya ni macam mana.. kalau dah benda tu tepat.. awak akan buat muka.. like gelabah macam tu" jawab Ariel tenang.

"And lagi satu.. apa salahnya puji suami awak ni.. dapatla jugak kan pahalanya?"

"Haih ye laa.. ye awak handsome hari ni.. terlampau handsome haaa." Qaseh mula mengalah dengan perasannya. Kalau disimpan makin Ariel tahu nanti.

"Haa kan senang puji macam tu.. ni asyik duk simpan, curi-curi pandang dekat saya.. tak salah pun sayang awak puji saya.. lagipun i'm your husband"

Bukan Cinta Pertama [✔︎]Where stories live. Discover now