Ariel tersenyum kemenangan setelah dia melihat mesej yang dihantar oleh Rania.
"Good job Syafiq, kau memang buat kerja laju" puji Ariel kepada Syafiq selepas Rania memberitahunya bagaimana kejadian Syafiq dengan Farish bertemu.
Cawan yang berisi air susu diambil dan dibawa ke arah ruang tamu dimana Qaseh berada.
"Nah sayang. Susu untuk awak." Ariel menghulurkan cawan itu kepada Qaseh.
Qaseh yang tekun menonton kaca tv yang sedang berlangsung itu perlahan-lahan menggerling ke arah cawan yang dihulur oleh Ariel lalu dia menggerling ke arah jam yang elok di gantung di dinding.
"Baru pukul 3 petang, sayang? Awak cakap minum susu 2 kali sehari? Saya dah minum la pagi tadi.. kenapa nak minum lagi?" soal Qaseh yang tidak puas hati itu.
"Awak jangan nak tipu saya eh sayang.. awak sebenarnya tak minum kan susu pagi tadi?"
Qaseh terkejut kecil. Apa yang dikatakan oleh Ariel itu memang betul 100%. Dia memang tidak minum susu pagi tadi tapi macam mana si Ariel ni boleh tahu?
"Kenapa muka macam tu? Terkejut?"
Kelu lidah Qaseh mahu membalas. Dia mengigit kecil bibirnya dibawah.
"Tak baik tau tipu suami sayang. Berdosa." Ariel melabuhkan punggungnya disebelah Qaseh.
"Tak yah nak takut sangat la sayang.. saya tak marah pun.. tapi rasa macam nak marah pulak sebab.. berani eh awak tipu saya?"
Sungguh kelu lidah Qaseh mahu membalas. Dia hanya curi-curi pandang sahaja Ariel disebelahnya. Ariel pula hanya memandang sahaja Qaseh dengan senyuman sinis.
꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂
"Sorry ah aku lambat" celah Farish yang baru sahaja sampai di mata mereka.
Syafiq dan Rania yang rancak berbual sambil ketawa itu terus memandang orang yang mencelah.
"Haa it's okay kitorang baru je sampai" respon Rania.
"Eh duduk la" pelawa Syafiq.
Farish mengangguk sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"So kau betul-betul setuju ke nak buat kerja yang mencabar ni?" soal Rania dengan keningnya terangkat sebelah.
"Ye. Aku setuju" jawab Farish tanpa berfikir panjang.
"Kalau macam tu.." Rania memandang Syafiq disebelah. Dia memberi isyarat mata ke arah Syafiq.
"Sebelum aku bagi duit yang bernilai lumayan ni dekat kau.. aku harap kau buat kerja ni akan berhasil lah eh" kata Syafiq.
"Heh! Wait and see~"
"Eh sorry kitorang tak nak tengok.. kitorang just nak kau ambil duit ni, hancurkan si Emy dan bawa dia pergi jauh daripada sini" pintas Rania sambil memandang Farish yang tersenyum sinis itu.
"Baik. Aku akan lakukan."
Syafiq dan Rania memandang satu sama lain lalu terbitlah senyuman yang mengerikan pada bibir mereka.
"Sebelum kita berpisah.. kenalkan.. aku Farish Iskandar"
"Aku Syafiq Ridwan dan sebelah aku Rania Najwa.. bakal wife aku"

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Cinta Pertama [✔︎]
RomansaKehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...