Jam di dinding menunjukkan pukul 8:34 malam. Qaseh yang baru sahaja selesai mengemas dapur itu melangkah keluar dan berjalan ke arah sofa di ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya. Secawan air kosong diletakkan di atas meja kaca.
"Hari ni ada cerita apa ehh." Remote tv yang elok berada di atas meja kaca itu di ambil lalu membuka kaca tv.
Sedang Qaseh menekan-nekan remote tv itu tiba-tiba ada seseorang menutup matanya.
"Cuba teka siapa"
Sudah tentu la si Ariel. Siapa lagi yang ada di dalam rumah mereka itu.
"Ishh awak ni.. sah-sah la memang awak" kata Qaseh sambil mengalihkan tangan Ariel dari terus menutupi matanya.
Ariel ketawa kecil.
"Baru je nak suruh awak teka siapa" kata Ariel sambil berjalan ke arah Qaseh. Tetapi Qaseh memandangnya pelik.
"Kenapa awak pakai baju macam nak keluar je ni?" soal Qaseh apabila pakaian Ariel itu bukan pakaian yang duduk di rumah.
"Aku nak keluar jap.. Syafiq cakap dia ada hal penting nak bagitahu aku" jawab Ariel.
"Ouhhh.. tapi jangan balik lewat malam sangat eh.. saya takut" kata Qaseh sambil tersengeh.
"Kalau macam tu jom la ikut sekali"
Qaseh menggeleng kepalanya laju.
"Tak nak lah! Malas nak siap.. awak pergi je la"
Ariel menjongket sebelah keningnya. Pelik. Tadi cakap takut duk sorang-sorang, bila ajak keluar tak nak pulak. Aihhh.
"Kalau macam tu.. take care la.. kunci semua pintu dan tingkap.. nanti bila aku balik.. aku akan call kau" pesan Ariel sebelum dia bangun dari duduknya.
"Okayy~" lerek Qaseh bersama senyuman manis ditayangkan buat suaminya.
Ariel membalas senyuman Qaseh lalu tangannya naik menggosok lembut pada rambut Qaseh.
"Good girl." Lalu Ariel mula melangkah ke arah pintu. Baru sahaja dia tangannya mahu memulas tombol pintu tiba tiba Qaseh memanggilnya.
"Awak!"
Ariel memusingkan kepalanya kebelakang.
"Saranghaeyo" ucap Qaseh kepada Ariel dalam bahasa korea.
Ariel sudah tentu tidak faham apa yang dikatakan oleh Qaseh itu. Macam la dia tengok drama korea.
"Saranghaeyo? Apa tu?"
"Nanti awak search la dekat google" kata Qaseh lalu dia kembali memandang ke arah kaca tv.
Berkerut habis wajah Ariel. Aduhh, apa susahnya kalau bagitau je terus. Haih.
꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂
Rania yang sedang berjalan menuju ke arah kafe itu terhenti apabila dia ternampak sosok seseorang yang sangat dia mengenalinya yang baru sahaja keluar dari hotel. Dia mengecilkan matanya.
"Emy?"
Terlihat Emy sedang memeluk tangan sambil meletakkan kepalanya di lengan seseorang lelaki. Mesra sahaja Rania melihat agenda bukan mahram itu.
Membuak api kemarahan pada diri Rania ini. Geram dengan perangai murahan kawannya itu.
"Dasar murahan. Kalau bukan disebabkan plan aku dengan Ariel nak hancurkan kau.. memang dah lama aku dengan kau putus kawan" kata Rania sendirian dengan anak matanya tidak lepas melihat Emy bermesra-mesra dengan lelaki bukan mahram.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Cinta Pertama [✔︎]
RomanceKehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...