Bab 13 - BUKAN CINTA PERTAMA

1.6K 61 14
                                    

Hari minggu telah pun tiba. Rania dan Syafiq sudah merancang untuk mencari lelaki yang jumpa dengan Emy pada malam hari itu.

Syafiq baru sahaja tiba di hadapan rumah teres yang di sewa oleh Rania. Matanya meliar-liar mencari kelibat Rania di dalam rumah itu. Tidak lama kemudian terserlah lah wajah Rania.

Syafiq tersenyum.

"Aishh bakal isteri aku ni.. tak penat ke jadi cantik hari-hari" kata Syafiq sendirian dengan matanya tidak lepas melihat wajah berseri Rania dengan mengenakan dress dan rambut di ikat ponytail.

"Sorry lambat" celah Rania yang baru sahaja meloloskan diri masuk ke dalam kereta Syafiq.

"It's okay.. saya baru je sampai" kata Syafiq lembut.

Rania hanya tersenyum sambil membetulkan rambutnya yang sedikit serabai itu.

"Jadi kita nak cari jantan tu dekat mana?" soal Syafiq dengan matanya tidak lepas melihat kecantikan Rania.

"Oh! Sebelum kita cari laki tu.. boleh tak singgah farmasi jap? Sebab saya nak beli ubat panadol"

Syafiq mengerutkan dahi. Ubat panadol?

"Sayang, nak beli ubat tu untuk apa? Awak pening kepala ke?" soal Syafiq dengan wajahnya seakan risau dengan Rania itu.

Rania tergelak kecil.

"Eh mana ada laa.. saya cuma nak restock dekat almari ubat saya tu je.. kot kot saya pening ke apa ke boleh la saya ambil je.. tak payah la kalut nak pergi beli" jelas Rania.

"Ishh awak ni! Saya ingat awak sakit tahu tak" amarah kecil Syafiq sambil menggulingkan matanya ke atas.

Rania hanya tertawa sahaja sambil menggeleng- gelengkan kepalanya. Aishh macam budak-budak.




   ꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂




"Sayang"

Ariel yang sedang lipat baju di atas lantai itu terhenti. Qaseh yang berada di atas sofa itu ditoleh.

"Ye?"

"Rania tu siapa?" soal Qaseh tiba-tiba. Tidak senang si Qaseh ini memikirkan tentang hal semalam kerana semalam si Qaseh curi-curi mendengar perbualan antara Ariel dengan Rania di balkoni bilik mereka berdua semalam.

Ariel mengerutkan dahi. Wajah Qaseh yang masam mencuka itu sudah tentu dipandang pelik.

"Takkan awak tak kenal, sayang?" soal Ariel dengan keningnya terangkat sebelah.

"Tak!" balas Qaseh tanpa memandang Ariel. Suaranya sudah jelas seperti cemburu tambahan pula dengan wajahnya yang masam mencuka itu.

Ariel tersenyum.

"Nampak sangat cemburunya tu, sayang" kata Ariel. Sengaja mahu mengusik mak buyung yang cepat sensitif ini.

Tidak ada respon dari Qaseh malah dia hanya menggulingkan matanya sahaja ke atas.

Ariel yang melihat itu hanya merengus perlahan. Dia bangun dari atas lantai dan melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan Qaseh.

"Awak lupa eh, sayang?" soal Ariel sambil memegang tangan Qaseh.

Sekali lagi Qaseh mendiamkan diri. Wajah suaminya disebelah itu langsung tidak pandang.

Ariel berdecit ketawa geli hati. Tangan halus Qaseh itu di usap perlahan.

"Sayang, awak memang tak ingat ke Rania? Rania tu kan kawan kolej saya dulu? Yang kita pernah jumpa dia dekat pantai dengan boyfriend dia tu? Awak tak ingat ke?"

Bukan Cinta Pertama [✔︎]Where stories live. Discover now