Disebuah kedai minuman yang bergelar kafe itu ada Syafiq dan Rania sedang menunggu kehadiran seseorang. Syafiq menggerling jam dipergelengan tangannya.
"Dah pukul 11:27 pagi dah ni.. Ariel tak sampai lagi ke?" tanya Syafiq.
"Dia cakap dah nak sampai dah.. kejap lagi sampai la tu" balas Rania dengan memandang sekilas Syafiq disebelahnya.
"Ada apa korang nak jumpa aku?"
Syafiq dan Rania mengangkat kepala serentak.
"Oh Farish.. duduk la" pelawa Rania.
Farish melabuhkan punggungnya dihadapan Syafiq.
"Ada apa korang nak jumpa aku?" soal Farish sekali lagi.
"Tak bukan kitorang nak jumpa kau.. tapi Ariel.. katanya macam nak cakap something dekat kau" jawab Rania.
Farish mengangguk.
"By the way.. macam mana? Berjaya tak?" celah Syafiq.
Farish yang bermain dengan anak kunci keretanya itu perlahan-lahan memandang Syafiq dihadapannya.
Farish tersenyum sinis.
"Kau rasa berjaya tak?"
"Nampak muka kau tu macam berjaya je?"
Farish mengangkat keningnya sekilas. Tidak lupa dengan senyuman cebiknya itu.
"Kau buat apa je dekat Emy tu?"
"Aku buat an—"
"Sorry lambat.. ada masalah sikit nak kena selesai tadi"
"Haa sampai pun kau Ariel.. ingatkan tak datang dah" perli Rania.
"Sorry la ada masalah sikit tadi"
"Haa tak apa la.. duduk" pelawa Syafiq.
Ariel melabuhkan punggungnya disebelah Farish.
"Riel, kalau kau nak kenal.. ni la dia Farish" kata Syafiq sambil menunjuk sekilas ke arah Farish dihadapannnya.
Ariel melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Syafiq.
"Aku Ariel"
"Farish"
Mereka berpaut tangan dan tidak lama kemudian mereka melepaskan pautan itu.
"So macam mana? Berjaya tak kau musnahkan betina yang kitorang suruh tu?" soal Ariel.
"Guess what? Perempuan tu dah trauma teruk dah sekarang ni" jawab Farish tenang.
"Kau buat apa je dekat dia?" soal Ariel lagi.
"Memproses"
Terus ketiga-tiga otak yang mendengar itu dapat tangkap apa yang di katakan oleh Farish.
YOU ARE READING
Bukan Cinta Pertama [✔︎]
RomanceKehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...