Bab 09 - BUKAN CINTA PERTAMA

1.5K 54 11
                                    

Qaseh baru sahaja menyelesaikan solat isyak bersama suaminya. Ariel memusingkan badannya dan menghulurkan tangannya kepada Qaseh. Qaseh berganjak sedikit untuk dapatkan tangan Ariel sebelum dia bersalaman.

"Lepas ni awak nak siapkan kerja awak dulu ke nak makan malam dulu?" tanya Qaseh lemah lembut.

"Makan malam la.. sebab kerja aku dah siap dah tadi" jawab Ariel dengan senyuman.

"Kalau macam tu saya turun bawak masak eh?" pinta Qaseh.

Ariel mengangguk dengan senyuman tidak lekang pada bibirnya.

Qaseh juga turut tersenyum.

"Dah lah.. saya nak turun dah ni" kata Qaseh. Telekung dan kain mula dibuka sebelum dia melipatnya.

"Kau turun la dulu.. nanti aku turun"

"Okayy." Qaseh bangun dan meletakkan kain sembahyangnya di sisi katil.

"Saya turun dulu eh"

"Ye sayang"

Qaseh mengerutkan dahi dan membuat wajah menjengkel sebelum dia melangkah keluar dari biliknya itu. Belum biasa lagi Ariel panggil dia sayang maybe?

Ariel ketawa kecil sebelum dia mengambil telefonnya di atas meja. Telefon dinyalakan. Notifikasi Rania dibuka.

Rania Najwa
last seen today at 19:32

»Emy cakap tadi plan dia 8% hampir siap..
so get ready.. pape info pasal Emy.. aku bagitau kau.
13:56

Okay beres!«
21:03

Mesej Rania dari petang lagi dihantar tetapi baru dilihat oleh Ariel pada waktu jam 9:03 malam. Tidak sempat dia mahu main telefon apabila kertas kerjanya terlampau banyak.

Telefon dimatikan. Dia bangun dari duduk dan melipat sejadahnya dah diletakkan di sisi katil. Tiba-tiba dia memandang lurus ke arah dinding.

"Aku takkan biarkan kau hancurkan rumah tangga aku mentah-mentah, Emylia Zahra"




   ꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂




Rania dan Syafiq baru sahaja keluar dari tempat kerjanya. Kini mereka berjalan menuju ke arah parking lot kereta bersama.

"Sayang, saya harap awak faham apa yang saya cakap dekat bilik awak tadi" kata Rania sambil memandang Syafiq di sebelahnya.

"Tapi.. apa yang awak cerita pasal Emy tu betul ke?" tanya Syafiq yang mahu kepastian. Takut-takut dia ada tersalah dengar ke apa.

"Ye betul.. dia nak Ariel balik.. and dalam masa yang sama jugak.. dia nak hancurkan Qaseh"  jawab Rania bersungguh-sungguh.

"Serius laa?"

"Ye"

"Jadi awak dengan Ariel tengah plan nak hancurkan si Emy tu la?"

"Ye"

Syafiq mengangguk.

"Kalau saya join sekali?" pelawa Syafiq. Kedengaran macam best je nak hancurkan si Emy. Dia pun turut benci dengan perangai si Emy itu. Murah.

Rania memandang Syafiq dengan keningnya terangkat sebelah. Dia mengulum senyuman.

"Boleh jugak.. senang la sikit kalau macam tu"

"Jadi boleh la ni saya join?"

"Nanti saya tanya Ariel dulu eh" kata Rania sambil mengambil telefon dalam handbangnya.

Bukan Cinta Pertama [✔︎]Where stories live. Discover now