Bab 20 - BUKAN CINTA PERTAMA

1.6K 50 6
                                    

Waktu sekarang ini jam menunjukkan pada pukul 10 pagi. Ariel dan Qaseh sedang bersiap untuk bertolak ke Kuala Lumpur setelah Ariel membuat perjanjian dengan ibunya untuk pulang, jadi dia harus tunaikannya.

"Sayang" panggil Qaseh apabila dia melihat Ariel siap pakai baju itu.

Ariel yang baru sahaja keluar dari bilik baju itu terus memandang Qaseh yang berada di meja solek.

"Ye?"

"Awak nak pergi kerja ke?" soal Qaseh tatkala dia melihat pakaian Ariel itu seperti mahu pergi ke kerja.

Ariel melihat pakaiannya lalu membelek-belek sedikit.

Ariel melihat pakaiannya lalu membelek-belek sedikit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Eh mana ada.. kita kan nak balik rumah mama? Apa pulak kerjanya?"

"Ye la pakaian awak tu macam nak pergi kerja je?"

"Ish tak ada laa.. ni memang style saya tahu tak"

"Ye ke? Kenapa saya tak tahu?"

"Dah awak yang tak ambil tahu, sayang"

Qaseh membuat muka. Dia yang baru sahaja siap menacap make-up diwajah itu seraya bangun dari meja solek. Dia berjalan ke arah Ariel.

"Tahu la bergaya.. tapi kolar baju ni betulkan la dulu" kata Qaseh dengan tangannya mula naik membetulkan kolar baju di leher Ariel.

Ariel mendiamkan diri sahaja. Matanya seakan terhenti pada wajah polos Qaseh.

"Aduhh lemah betul aku macam ni" kata hati Ariel. Sebenarnya dalam dirinya sudah gugup dengan posisi sekarang ini.

"Haa dah.. kan smart sikit tu" puji Qaseh. Dia menjatuhkan tangannya ke sisi.

"Sikit je? Alaaaa." Ariel pura-pura mencebik.

Qaseh tertawa kecil.

"Eh dah lah.. pergi keringkan rambut sana.. kita nak bertolak awal tau.. nanti jammed pulak jalan tu" kata Qaseh.

"Alaa biar la jammed.. best sikit spend time dengan awak dalam kereta" jawab Ariel lalu dia mencuit hidung mancung milik Qaseh dan melangkah ke arah meja solek untuk keringkan rambutnya yang lembab itu.

Qaseh menggeleng kepalanya kecil kerana terkejut dengan tindakan Ariel itu berbuat demikian kepadanya..




      ꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂




Rania melolos keluar dari kereta setelah dia sampai dikawasan tempat pekerjaannya. Sejujurnya, setiap hari Syafiq akan mengambilnya ke rumah dan pergi kerja sekali, tetapi hari ni Rania terpaksa pergi sendiri kerana Syafiq ada mesyuarat pagi.

Baru sahaja Rania mahu melangkah masuk ke dalam bangunan kerjanya tiba-tiba ada orang menarik pergelengan tangannya dengan kasar.

Bukan Cinta Pertama [✔︎]Where stories live. Discover now