Bab 25 {AKHIR} - BUKAN CINTA PERTAMA

3.3K 67 13
                                    

Alhamdulillah pada hari ini Qaseh boleh keluar dari hospital setelah beberapa hari sahaja dia ditahan wad.

Haih bermacam-macam betul ragam Qaseh sepanjang Ariel menjaganya. Dan sepanjang Ariel menjaga juga la dia tidak pernah sesama sekali makan makanan yang diberi oleh pihak hospital.

Siapa yang habiskan?

Si ketul Ariel ni jugak la terpaksa habiskan makanan hospital yang rasa seperti tawar lagikan tiada rasa apa-apa itu.

"Sayang, ada apa-apa tertinggal lagi ke?" soal Ariel dengan tangannya tidak lepas memasukkan baju-baju Qaseh ke dalam beg.

"Erm rasanya dah tak ada la kot.." jawab Qaseh yang tidak pasti. Terasa macam ada yang tertinggal tapi bila tengok sekeliling macam tak ada.

"Ye ke? Kalau macam tu cuba pergi dalam bilik air" arah Ariel sambil mencekak pinggang.

"Pergi bilik air?"

"Yee cuba pergi tengok jap ada apa"

Qaseh mengerutkan dahi sebelum kakinya melangkah ke arah bilik air.

Pintu bilik air dibuka. Kepalanya masuk terlebih dahulu menjenguk apa yang dimaksudkan oleh Ariel.

Dengan itu, matanya terhenti pada sesuatu benda. Dia menoleh ke arah Ariel. Terlihat Ariel masih lagi kekal dengan posisi yang sama.

"Hehehe lupaa." Qaseh tersengeh sebelum dia masuk ke dalam bilik air dan mengambil alat-alatan skincarenya.

"Kalau tertinggal benda yang penting tu macam mana?"

"Halahh saya beli la lagi"

"Guna duit siapa?"

"Duit sayang la~" lerek Qaseh sebelum dia memberikan alatan skincarenya kepada Ariel. Ariel menyambutnya dan masukkan ke dalam beg.

"Nasib baik sayang.. kalau tak beli la sendiri"

"Tak sayang saya la tu" kata Qaseh sambil memuncungkan bibirnya.

"Eh sayang kan saya cakap nasib baik sayang je.. maknanya tu saya sayang awak la, sayang"

"Elehhh kalau sayang takkan la dengan isteri pun nak berkira?" Qaseh tidak mahu mengalah.

Ariel melihat wajah Qaseh seperti monyok itu langsung berjalan ke arah Qaseh. Bahu Qaseh dipegang lalu menghadapnya.

"Hey, kenapa cakap macam tu sayang? You know what.. saya tak pernah tahu berkira dengan awak sepanjang saya khawin dengan awak tau"

"Habis tu yang awak cakap tadi tu apa?" Qaseh masih lagi tidak mahu mengalah. Wajahnya yang seakan mahu marah itu langsung tidak melihat Ariel dihadapannya.

Ariel ketawa kecil.

"Saya gurau je la sayang.. kenapa ambil serius sangat ni hm?"

Qaseh mendiamkan diri. Matanya melemparkan pandangan ke arah luar tingkap.

Ariel merengus perlahan tatkala Qaseh tidak memandangnya.

"Sayang pandang sini." Tangan Ariel mula naik memegang dagu Qaseh untuk memandangnya.

Qaseh hanya menurut sebelum matanya melihat mata Ariel.

Bukan Cinta Pertama [✔︎]Where stories live. Discover now