Kehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...
Qaseh terbangun dari tidurnya apabila dia merasakan mahu termuntah. Dia berlari ke arah bilik air. Ariel yang nyenyak dibuai mimpi itu terganggu. Telefon di atas meja lampu di nyalakan. Waktu menunjukkan baru pukul 5:17 pagi.
"Dah kenapa pulak muntah pagi-pagi macam ni" rengek Ariel sebelum dia bangun dari tidurnya dan menuju ke arah Qaseh.
"Kenapa ni sayang pagi-pagi muntah bagai ni?" soal Ariel dengan suara serak basah.
Qaseh tidak membalasnya malah dia hanya muntah sahaja di singki itu. Ariel yang melihat Qaseh semakin teruk langsung tangannya naik menepuk perlahan di belakang Qaseh.
Apabila Qaseh merasakan sisa-sisa muntah itu tidak lagi mahu keluar dia membasuh tangannya dengan muka. Dia bangun dari bongkok.
"Kenapa ni sayang? Risau la saya" kata Ariel dengan wajah yang sangat risau itu.
Kalau nak tahu si Ariel sudah tidak lagi berkau aku dengan Qaseh kerana baginya panggilan itu sangat kasar apabila berbicara dengan isteri. Jadi kejadian itu terjadi semasa mereka berdua menonton drama korean semalam. Ariel memberi tahu Qaseh yang dia tidak lagi akan memanggil Qaseh kau aku jadi Qaseh hanya setuju sahaja sambil tersenyum.
"Entah la awak.. rasa loyar je tekak ni tiba-tiba" balas Qaseh dengan lemah sambil memegang sisi singki.
"Nak muntah lagi ke? Kalau tak saya tolong awak pergi dekat katil?"
"Tak kot"
"Kalau macam tu jom saya baw—"
Belum sempat Ariel mahu menghabiskan kata-katanya Qaseh kembali mengeluarkan sisa-sisa dalam perutnya itu.
Ariel hanya mampu redho sahaja. Pelik. Selama ni tak ada pulak muntah seteruk macam ni. Kalau demam sekali pun tak jugak macam ni. Haihh ke ada petanda apa-apa ni...
꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂
Sekarang jam menunjukkan pukul 8:20 pagi. Rania baru sahaja selesai membeli kopi panas disebuah kafe di bawah pejabat kekasihnya.
"Terima kasih" ucap Rania apabila dia selesai membuat bayaran kopi panasnya itu.
"Sama-sama, Cik Rania" balas pekerja kafe yang baik lagikan sopan santun itu sambil tersenyum.
Rania membalas senyuman pekerja itu sebelum dia melangkah pergi meninggalkan kafe disitu. Dia berjalan ke arah lift. Butang lift ditekan.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sedang Rania menunggu itu tiba-tiba ada seseorang mencuitnya dari bahu kiri. Rania berpaling ke arah bahu kiri yang disentuh oleh seseorang tadi tetapi tiada dan apabila dia paling ke bahu kanan.
"Ishh awak ni! Terkejut la saya!" amarah kecil Rania. Rupanya yang mencuit bahunya tadi sebenarnya kekasihnya.
Syafiq ketawa lalu berjalan sedikit untuk berdiri di sebelah Rania.