"Kau jangan berharap yang Ariel akan sayang kau macam mana dia sayang dekat aku dulu la, Qaseh Qaisarah" kata Emy sambil menolak badan Qaseh sambil terjatuh ke lantai.
"Sekarang ni Ariel akan jadi milik aku, kan sayang?" Emy berpaut lengan Ariel sambil tersenyum.
"Ye. Sekarang awak milik saya.. sorry Qaseh aku terpaksa ceraikan kau.. sebab hati aku masih lagi sayang dekat Emy" kata Ariel sambil melihat Qaseh yang terjatuh di atas lantai itu.
Qaseh menggelengkan kepalanya.
"Tak.. takk awak cakap awak akan sayang saya dan awak jugak cakap yang awak benci gila dekat perempuan tu" kata Qaseh yang ingin mengeluarkan air matanya.
"Entah laa aku rasa tiba-tiba pulak tersayang balik dekat dia.. aku tak boleh tipu hati aku.. so aku jujur dengan kau yang aku ni still lagi sayang dekat Emy. Full stop." Tangan Ariel mula naik memeluk bahu Emy. Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Qaseh yang menangis teresak-esak itu.
"No! Jangan.. jangan tinggalkan saya Ariel!"
"Jangan tinggalkan saya!"
"Jangan tinggalkan saya!"
"Jangan tinggalkan saya, Ariel Asyraf!"
"Argh!!!"
"Eh ya allah sayang kenapa ni? Terkejut la saya." Ariel berlari ke arah Qaseh yang berada di atas katil. Dia melabuhkan punggungnya di sisi katil sambil memegang kedua belah bahu Qaseh.
Qaseh tidak membalas malah dia langsung memeluk badan sasa Ariel dengan erat.
Terkebil-kebil seketul Ariel dibuatnya. Tidak lama kemudian dia merasakan bahu kirinya tiba-tiba basah.
"Sayang awak menangis ke?" tanya Ariel sambil menepuk perlahan pada belakang Qaseh.
Masih lagi tiada balasan dari Qaseh. Dia hanya menangis sahaja pada bahu Ariel.
"Ya allah sayang jangan la macam ni.. risau la saya.. cuba bagitahu saya macam mana awak boleh nangis macam ni sekali" pujuk Ariel dengan tangannya tidak lepas menepuk perlahan pada belakang Qaseh.
Ariel cuba meleraikan pelukan itu tetapi Qaseh berkeras.
"Sayang kenapa ni? Pagi-pagi macam ni dah nangis.. ke awak ada mimpi apa-apa hm?" Ariel cuba memujuk lagi.
"Sa..saya mimpi awak nak ce..ceraikan saya" kata Qaseh yang masih lagi dalam pelukan Ariel.
"Astagfirullahhalazim sayang. Ni mesti tidur semalam tak baca doa dengan basuh kaki kan?"
Qaseh hanya mendiamkan dirinya sahaja.
Ariel meleraikan pelukan itu. Dia memegang kedua belah bahu Qaseh.
"Cuba awak bagitahu saya macam mana awak boleh mimpi macam tu sekali" kata Ariel dengan matanya tidak lepas melihat wajah polos Qaseh.
Qaseh mengesat air matanya menggunakan hujung lengan baju. Rambutnya yang sedikit serabai itu diselit kebelakang telinga.
Ariel yang melihat kelakuan Qaseh itu sungguh menyentuh hatinya.
"Haihh nangis pun comel" kata hati Ariel.
"Sa..saya mimpi yang awak cakap yang awak masih lagi sayangkan Emy.. awak jugak cakap awak tak boleh tipu hati awak.. dan awak akan ceraikan saya" ujar Qaseh dengan sisa tangisan yang semakin mahu menghilang itu.
Ariel menjongket sebelah keningnya. Secara tidak langsung tercetus ketawa Ariel di dalam bilik itu. Terasa kelakar pulak bila dengar perkataan yang keluar dari mulut Qaseh.
![](https://img.wattpad.com/cover/319703793-288-k891037.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Cinta Pertama [✔︎]
RomanceKehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...