Malam sudah menjelma. Kini Emy sedang bersiap untuk bertolak ke hotel yang telah dihantar lokasi oleh Farish sebentar tadi.
"Siap!" jerit kecil Emy tatkala dia siap mencalit lipstick berwarna maroon pada bibir mungilnya. Dia membetulkan rambutnya sebelum dia melangkah keluar dari bilik.
"Haihh.. tak sabarnyaa~" perkataan itu sahaja yang asyik keluar dari mulutnya. Bibir sudah tentu tidak berhenti tersenyum.
Garaf kereta tempat tujunya sebelum dia membuka pintu kereta dan melolos masuk. Baru sahaja dia mahu menarik handbreak tiba-tiba telefon miliknya berbunyi.
"Aduhh siapa pulak yang call aku time macam ni" bentak Emy sambil mengambil telefon dalam handbagnya.
"Rania? Dah kenapa pulak call aku" gumam Emy sebelum jarinya slide ke kanan menandakan dia menjawab panggilan tersebut.
"Asal call?"
"Uish! Garangnyaaa"
Emy mengguling matanya ke atas.
"Kau nak apa? Cepat la aku tak ada masa ni nak layan kau"
"Tak ada. Aku cuma nak tahu kenapa kau call aku.. sorry la aku tak angkat sebab aku busy tadi siapkan kerja aku"
"Tak ada apa-apa pun.. saja call kau"
"Ye ke? By the way.. bila nak start plan kau nak dapatkan Ariel balik? Ke plan kau belum siap sepenuhnya lagi?"
"Nanti la aku bagitahu kau balik.. so sekarang ni aku betul-betul busy and aku tutup call dulu.. aku betul-betul tak ada masa ni"
"Hm ye lah"
Panggilan dimatikan oleh Emy. Dia melempar telefonnya di seat sebelah.
"Sia-sia je aku plan susah-susah.. last-last mudah macam tu je aku dah dapat Ariel.. thanks for Farish laa" kata Emy sendirian yang kembali tersenyum sebelum dia keluar dari pangkaran rumah dan meluncur laju meninggalkan kawasan rumahnya.
꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂
Rania Najwa
Online»Tak lama lagi Emy tak akan muncul
lagi dalam hidup kau.. sebab plan kita hampir berjaya.. nanti apa-apa info pasal Emy
aku akan bagitahu kau."
21:52Good job. Tak sia-sia aku kawan
dengan kau dengan Syafiq memang
korang buat kerja laju.. bila plan berjaya
aku akan upah korang sebagai tanda terima kasih
sebab tolong aku walaupun aku tak boleh nak join sekali.«
21:52»Thanks for Syafiq la.. dia yang laju bapak
gila buat kerja.. aku just tolong sikit-sikit yang
mana aku tahu je la.. so upah lebih kat dia
HAHAHAHA.
21:53Laa it's okay la.. kau pun dah banyak bagi info
pasal Emy tu.. kalau tak sampai ke sudah aku tak
tahu apa plan dia nak buat dekat aku.. so thanks
jugak untuk kau.«
21:53»HAHAHA ye la, Riel thank you.
21:54"Tersengeh-sengeh dah kenapa?" celah Qaseh yang sejak dari tadi lagi hanya memerhati sahaja Ariel yang tidak lepas dengan senyuman sambil mengetik telefonnya.
Ariel yang khusyuk bermesej dengan Rania itu perlahan-lahan menggerling ke arah Qaseh di sebelahnya.
"Apa?" Dengan wajah tidak bersalahnya Ariel membalas lalu dia kembali mengetik telefonnya.
YOU ARE READING
Bukan Cinta Pertama [✔︎]
RomanceKehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...