Fakhrul melangkah ke hadapan. Rania dan Syafiq pula sudah memandang Fakhrul dengan perasaan yang cukup marah terhadapnya.
Akan tetapi apakah tujuan Fakhrul datang ke hospital?
"Asal kau datang sini?" soal Syafiq dingin.
"Aku.. aku nak minta maaf"
Dahi Syafiq berkerut. Ingat hari raya ke nak minta-minta maaf ni?
"Sebab?"
Mata Fakhrul beralih ke arah Qaseh. Ariel yang perasan itu, memandang Fakhrul dan Qaseh bersilih ganti.
"Yang kau pandang isteri aku dah kenapa?" pintas Ariel. Sakit hati pula tengok Fakhrul tenung Qaseh tanpa kelip.
"Kau nak minta maaf sebab apa hah?" sampuk Rania yang sejak dari tadi hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak tahu kenapa dirinya terasa membuak-buak geram melihat muka Fakhrul itu.
"Aku nak minta maaf dengan kau." Fakhrul memandang Ariel.
"Asal minta maaf dengan aku? Kau buat apa dekat aku?"
Sungguh takut Fakhrul mahu mengeluarkan kata-kata. Tetapi dia terpaksa juga memberitahu hal yang sebenar.
"Aku nak minta maaf dengan kau.. disebabkan aku la Qaseh masuk hospital"
Ariel mengerutkan dahi. Apabila dia dapat tangkap apa maksud kata-kata Fakhrul itu langsung dia bangun dari sisi katil dan melangkah ke arah Fakhrul.
Dush!
Tumbukan buku lima melayang ke arah muka Fakhrul dengan kuat. Dan tidak sewenang-wenangnya Fakhrul jatuh kebelakang.
"Asal kau nak bunuh isteri aku hah setan!"
jerit Ariel kuat sambil menumbuk wajah Fakhrul tanpa henti.Syafiq terus berlari ke arah Ariel apabila dia melihat Ariel tidak berhenti memukul Fakhrul.
"Sabar Ariel! Ni hospital!" Syafiq memegang bahu Ariel untuk menghalang Ariel dari terus memukul Fakhrul.
"Apa salah aku dekat kau sampai kau hampir nak bunuh isteri aku hah?! Aku langsung tak kenal kau tahu tak setan!!" jerit Ariel yang bersungguh-sungguh itu. Badannya sekarang ini sudah pun dipegang oleh Syafiq.
"Ye sebab tu la aku berani datang sini sebab nak minta maaf dengan kau also dengan isteri kau.. sebab aku tak sengaja langgar isteri kau"
"Apa niat kau sebenarnya hah?!"
"Sebenarnya aku nak langgar Rania.. tapi aku silap tengok orang.. aku ingatkan tu Rania.. tapi bukan" kata Fakhrul sambil memegang pipinya itu.
Syafiq yang tidak lepas menghalang Ariel dari terus memukul Fakhrul itu langsung dia berpaling ke arah Fakhrul apabila dia mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Fakhrul.
"Kau cakap apa tadi? Nak langgar Rania? Kau nak bunuh isteri aku?!"
Kini giliran Syafiq pula mengamuk. Dia melangkah besar ke arah Fakhrul yang baru sahaja bangun dari jatuh.
Buat kali kedua tumbukan Syafiq melayang di muka Fakhrul. Fakhrul kembali jatuh semula.
"Asal kau nak bunuh Rania hah?!"
Dush!
"Apa salah dia dengan kau?!"
Dush!
"Kenapa kau nak langgar dia hah sial?!"
Dush!
"Syafiq stop!"
Rania berlari ke arah Syafiq lalu memeluk Syafiq dengan erat.
Turun naik nafas Syafiq dibuatnya. Gigi geraham dia pula berlaga-laga menahan amarah terhadap Fakhrul.

ANDA SEDANG MEMBACA
Bukan Cinta Pertama [✔︎]
RomansKehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...