Qaseh yang tidak lepas memandang Rania itu langsung ke alam realiti.
"Kenapa dengan Emy?" soal Qaseh.
"Sebelum Rania cerita.. jom duduk dulu" pelawa Rania sambil menunjukkan arah meja yang elok berada di tepi dinding.
"Ehh habis tu macam mana dengan weeding Rania? Mesti diorang cari mana pengantinnya kan?"
"Tak apa, Rania dah suruh mommy dengan daddy tengok kan dah.. Rania pun dah bagitahu dia Rania nak rehat jap 20 minit"
Qaseh mengangguk tanda faham.
"Kalau macam tu jom duduk dekat tepi dinding sana"
"Jom"
Lalu mereka berdua berjalan ke arah meja yang telah ditunjukkan oleh Rania. Sampai sahaja di meja itu. Qaseh dan Rania langsung melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
"Ouhh patut la nak borak dekat sini.. rupanya dekat dengan aircond" kata Qaseh apabila dia perasan tempatnya itu sejuk.
Rania tersengeh menampakkan barisan gigi rapinya.
"Haa cerita laa"
"Okayy pertama sekali, Rania nak minta maaf dulu dengan akak sebab kebelakangan ni Rania rapat dengan suami akak.. Rania rapat sebab Rania ada plan dengan dia untuk musnahkan si Emy.. sebab dia cakap dia tak nak Emy ganggu rumah tangga akak dengan dia.. jadi disebabkan itu la Ariel terpaksa minta tolong Rania.. sebab dulu Rania rapat dengan Emy.. jadi dia suruh Rania buat-buat la rapat dengan Emy untuk tahu apa plan dia seterusnya untuk hancurkan rumah tangga akak dengan dia" kata Rania yang begitu serius mengatakan hal tersebut.
"Yang kedua, akak dah tak perlu risau dah pasal Emy sebab dia dah pindah dekat New York dah atas alasan dia terpaksa ikut boyfriend dia ke sana"
"Boyfriend? Dia ada boyfriend ke?"
"Errr ada.."
"Habis tu kenapa dia still nak musnahkan rumah tangga Ariel dengan akak?"
"Biasa la akak. Siapa je tak cemburu bila ex boyfriend dia bahagia dulu dari dia" kata Rania yang berlagak tenang itu.
Sebenarnya Rania main cakap je yang Emy ada boyfriend sebab dia tak nak kelirukan Qaseh. Jadi terpaksa la dia keluarkan perkataan begitu. Tapi bila ditanya pula otaknya tidak berfungsi. Nasib baik la dia pandai cover.
"Macam tu pun ada eh?"
"Entah lah akak"
Qaseh berdecit ketawa.
"Actually, akak dah tahu dah kenapa Rania rapat dengan suami akak"
Rania yang mendengar itu terus mengerutkan dahi.
"Macam mana akak tahu?"
"Siapa lagi kalau bukan dia." Qaseh menjuih bibirnya ke arah Ariel yang rancak berbual dengan kawan-kawannya di meja sebelah.
"Lahh dia dah bagitahu akak?"
"Haah.. lagipun dia cakap dia taknak simpan rahsia dia dengan akak.. jadi sebab tu la dia bagitahu akak pasal Emy dari awal dia kenal sampai la dia break dengan Emy" jelas Qaseh.
"Dia ada bagitahu akak ke kenapa dia break dengan Emy?"
"Of course la ada"
"Ouhhh. Ingatkan dia simpan rahsia dia dengan akak"
"Hahahaha tak adanya la Rania"
꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂
YOU ARE READING
Bukan Cinta Pertama [✔︎]
RomanceKehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...