Qaseh yang dari tingkat 2 itu laju sahaja turun dari tangga dan berlari ke arah Ariel yang sedang menonton kaca tv.
"Awak! Awak! Awak! Awak! Awak!" panggil Qaseh dengan cemas. Ariel yang tidak lepas melihat ke arah kaca tv itu terus sahaja memandang Qaseh yang kelihatan sangat cemas.
"Ye ye! Apa apa?!" Wajah Ariel seakan risau melihat wajah Qaseh yang seperti ada masalah itu.
"Jom pergi pantai petang ni." Senyuman pada bibir Qaseh tersangat la melebar. Manakala wajah Ariel langsung berubah. Aihh memang mintak nak kena terajang betul. Nasib sayang je.
"Ish kau ni.. aku ingat apa la tadi" kata Ariel sambil menjeling.
Qaseh tertawa kecil.
"Alaa sorry laaa"
"Dah la aku merajuk dengan kau" kata Ariel tanpa memandang Qaseh. Matanya lurus memandang ke arah kaca tv.
"Eeee! Buruk tau kalau lelaki merajuk!"
"Eh biar lah buruk ke tak! Asalkan aku tak nak cakap dengan kau!" Ariel mengesot sedikit punggungnya untuk menjauhkan dirinya daripada Qaseh.
Qaseh yang perasan itu hanya mengecilkan matanya. Kemudian dia juga turut mengesot mendekati Ariel.
"Ishh kau sana laa.. tak payah nak dekat-dekat dengan aku" kata Ariel. Berkerut habis kening dibuatnya.
"Tak nak!"
"Ishh!" Ariel mula bangun dari duduk. Tidak sempat dia mahu melangkah pergi Qaseh terlebih dahulu menyambar pergelangan tangannya.
"Ariel.. sorry laaa" rayu Qaseh dengan wajahnya minta simpati. Bibirnya sudah tentu mencebik. Tangan pula masih setia memegang pergelangan tangan Ariel sambil bergoyang-goyang kiri ke kanan.
Ariel memandang lama wajah Qaseh tanpa berkelip.
"Asal la kau ni comel sangat ha, Qaseh.. dulu aku cuba untuk benci dekat kau.. tapi sekarang.. aku mula jatuh cinta dekat kau, Qaseh Qaisarah" kata hati Ariel dengan matanya tidak lepas memandang wajah polos Qaseh itu.
"Awak.."
Ariel kembali ke alam realiti.
"Ishh ye la ii.. nasib baik kau comel tahu tak" kata Ariel lalu melangkah pergi meninggalkan Qaseh sendirian di sofa itu.
"Comel?" Perlahan lahan bibir Qaseh menarik senyuman. Senang bila buat pertama kali Ariel memujinya.
꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂
Emy sedang berjalan menuju ke arah sebuah lorong. Dia mencari kelibat seseorang yang mahu bertemu dengannya. Apabila dia terjumpa dia berjalan mendekati lelaki itu.
"Kau nak apa jumpa aku?" soal Emy dingin tambahan menggulingkan matanya ke atas.
"Wahh~ semenjak jumpa dengan si Ariel tu dah lupa aku eh? Dulu kemain simpati dekat aku.. sekarang kau dah bermasam muka dah dengan aku? Hebat kau punya lakonan, Emylia?"
Emy memandang lelaki di hadapannya.
"Kau nak apa sebenarnya, Farish?" soal Emy lagi. Bengang dengan sikap kawannya yang suka mengukit itu.
Farish berdecit ketawa.
"Aku tak nak cakap banyak.. duit aku mana?" Kini wajah Farish bertukar dingin.
"Belum ada lagi laa.. nanti kalau aku ada duit.. biar aku sendiri la yang cari kau.. kalau aku tak cari kau tu.. aku tak ada duit la maknanya" balas Emy. Nak tak nak je matanya memandang Farish.
YOU ARE READING
Bukan Cinta Pertama [✔︎]
RomanceKehidupan QASEH QAISARAH sepi lagikan sunyi setelah dia kehilangan suaminya pada 3bulan yang lepas. Dengan itu, PUAN MARINA ibu kepada Qaseh tidak mahu melihat anaknya semakin hari semakin sedih akan kehilangan suami tercintanya. Secara tidak langsu...