Bab 23 - BUKAN CINTA PERTAMA

1.5K 43 4
                                    

Kini Ariel mundar-mandir diruang menunggu. Kejap dia bangun, kejap dia duduk. Fikirannya asyik berfikir keadaan Qaseh dan anak pertamanya bagaimana sekarang ini.

"Ariel!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ariel!"

Ariel yang mendengar namanya dipanggil itu terus menoleh kebelakang.

Terlihat Rania dan Syafiq sedang melangkah besar ke arahnya dengan wajah yang agak risau.

Sebelum ke hospital Rania sempat meminta Ariel untuk dia bersalin baju terlebih dahulu sebelum datang ke hospital. Dan ye, Ariel mengizinkannya. Ariel juga meminta kepada Syafiq untuk pergi terlebih dahulu. Syafiq hanya mengangguk setuju.

"Macam mana, Riel? Qaseh okay?" tanya Syafiq dengan nafasnya turun naik itu kerana penat berlari.

Ariel tidak membalas malah dia terus memeluk Syafiq dengan air matanya tidak berhenti mengalir.

"Aku tak nak hilang dia, Fiq" kata Ariel dengan tangisannya itu.

Syafiq menepuk perlahan pada belakang Ariel untuk menenangkan kawannya.

"Insyaallah tak ada pape yang serius.. doa yang baik-baik je untuk dia.. aku faham perasan kau Ariel.. dah la jangan nangis lagi.. aku pasti Qaseh tak ada cedera yang serius"

"Tapi aku risau jugak dengan kandungan dia Syafiq.. tu anak pertama kitorang"

"Ye aku tahu.. kita doa semoga Qaseh dan anak kau selamat.. jangan fikir yang bukan-bukan sangat.. nanti bertambah serabut kau nanti.. dah kita duduk sini dulu sementara tunggu doktor yang rawat Qaseh tu keluar" kata Syafiq. Dia mula meleraikan pelukan sebelum dia memegang bahu Ariel untuk duduk.

Ariel hanya akur sahaja. Dia mula melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang telah disediakan oleh pihak hospital.

"Kau dah bagitahu parents Qaseh dengan parents kau?" tanya Rania yang berada di sebelah Syafiq itu.

"Tak.. sebab buat masa sekarang ni aku tak nak riuhkan keadaan.. aku tak nak dorang tahu pasal Qaseh.. kecuali korang" jawab Ariel dengan sisa tangisannya itu.

Rania hanya mengangguk sahaja. Tak nak pula tanya lebih-lebih.

"Aku tak pernah auu.. rasa sayang macam ni dekat seseorang tapi bila Qaseh aku rasa sayang aku dekat dia lebih dari aku sayang nyawa aku.. serius aku tak nak hilang dia.. aku dah sayang gila dah dekat dia.. tolong laa aku tak nak hilang dia dengan anak aku" ujar Ariel. Jujur dia cakap, dia terlalu sayang kepada Qaseh.

Mula-mula khawin memang tiada rasa timbul perasaan cinta disebabkan terpaksa menerima seseorang dalam hidup. Tetapi siapa sangka bercinta selepas khawin lebih baik daripada sebelum khawin. Sebab dah halal bukan?

Kesimpulannya, bercinta la selepas khawin kerana itu boleh menimbulkan perasaan cinta mendadak kepada seseorang dan sebagai contoh adalah Ariel.

Ye. Korang boleh tahu betapa bencinya Ariel kepada Qaseh pada mulanya mereka SAH menjadi suami isteri. Tapi tidak sampai beberapa hari, perasaan cinta Ariel kepada Qaseh mula timbul sedikit demi sedikit. Jadi sekarang kita boleh lihat betapa sayangnya Ariel kepada Qaseh Qaisarah.

Bukan Cinta Pertama [✔︎]Where stories live. Discover now