Bab 05 - BUKAN CINTA PERTAMA

1.9K 57 12
                                    

Qaseh memandang ke arah jam yang tergantung di dinding.11:23 malam. Dia kembali memandang ke arah kaca tv yang berlangsung itu.

"Baa!"

"Aaaaa!!!"

Gelak besar Ariel dibuatnya apabila wajah terkejut Qaseh sangat kelakar baginya.

"Eishh! Awak ni! Terkejut tauu saya!" amarah Qaseh sambil merengek. Dia memandang Ariel yang masih lagi ketawa besar itu.

"Tak tak.. yang kau terkejut sangat ni asal?" Ariel sambung gelaknya. Masih terngiang-ngiang dalam fikirannya wajah terkejut Qaseh sebentar tadi.

"Ishh dah dah la tu Ariel.." rengek Qaseh sambil mencebik-cebikan mulutnya.

"Okay-okayy." Perlahan lahan ketawanya reda. Dia berjalan dan melabuhkan punggungnya disebelah Qaseh.

"Kau tengah fikir apa sampai terkejut macam tu hm?"

"Tak ada laa.. tak ada fikir apa-apa pun" jawab Qaseh. Matanya lurus memandang ke arah kaca tv.

"Ke kau masih lagi fikir pasal si betina Emy tu?" teka Ariel sambil memandang sisi wajah Qaseh disebelahnya.

"Ish awak ni! Tak baik la panggil dia macam tu.. walaubagaimana sekali pun.. dia tetap manusia macam kita" nasihat Qaseh lembut. Tidak senang mendengar suaminya berkata begitu.

"Ye laa.. sorry"

Qaseh hanya menoleh sekilas sahaja sebelum dia kembali memberi tumpuan ke arah kaca tv.

"Qaseh Qaisarah"

Terserentak Qaseh dibuatnya. Baginya bila orang memanggil nama penuhnya itu tanda-tanda orang itu sedang marah. Dia perlahan lahan memandang ke arah Ariel di sebelahnya.

"Ye?"

"Kau tak jawab lagi soalan aku.. kau masih lagi fikir pasal Emy ke?"

Takut-takut Qaseh mengangguk.

"Santai je.. aku ada" kata Ariel. Matanya masih setia memandang wajah polos Qaseh itu.

"Dah la aku masuk bilik dulu.. ada sikit lagi aku nak siapkan kerja aku before aku start balik kerja" kata Ariel sebelum dia bangun dari sofa. Sempat dia menggosok kepala Qaseh. Kini rambut Qaseh berserabut tetapi hanya dibiarkan sahaja.

Dengan itu Ariel mula melangkah meninggalkan Qaseh sendirian di ruang tamu. Apabila dia melihat Ariel sudah mendaki tangga. Dia termenung seketika.

"Macam mana kalau suatu hari nanti dia sayangkan ex dia balik?" andaian Qaseh. Fikirannya sudah memikir perkara negatif. Aihh kenapa la terserempak dengan ex dia tadi. Hmm.




  ꧁♡𝓑𝓾𝓴𝓪𝓷 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪 𝓟𝓮𝓻𝓽𝓪𝓶𝓪♡꧂




Pagi sudah menjelma. Tidur nyenyak Ariel terganggu apabila sinaran matahari menembusi wajahnya yang handsome itu. Ceyyy~.

Qaseh yang baru sahaja masuk dalam bilik itu hanya menjenguk sahaja.

Qaseh yang baru sahaja masuk dalam bilik itu hanya menjenguk sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bukan Cinta Pertama [✔︎]Where stories live. Discover now