2

1.5K 57 2
                                        

HAPPY READING SEMUA 🤍


"Get in the car, Miss Becky."

"Thanks, Miss Freen."

Freen membukakan pintu untuk Becky. Perintah itu dituruti oleh si gadis.

Mazda MX-5 RF yang dikendarai oleh Freen sedang membelah jalan raya. Nampaknya pagi itu tidaklah sesibuk hari kerja lain kerana hari ini merupakan hujung minggu, jadi kenderaan tidak terlalu banyak yang lalu lalang.

Suasana di dalam kereta sangatlah sunyi, masing-masing sibuk dengan fikiran sendiri.

Becky pov

'Apa aku nak cakap kat papa nanti aduhhh...' fikir ku, risau. Sit yang aku duduk ni pun rasa tak senang. Haiihhhh. Entah kenapa hari ni rasa tak sedap hati pula.
Atau jangan-jangan papa mama balik harini juga. Oh no no no, harap-harap tak..arghhh..

'Okay, Becky..tenang..bagitahu je kat papa macam biasa yang kau dari petang semalam study kat rumah Irin...apa nak jadi pun jadilah ye.'

Aku memandang keluar, mengalihkan pandangan ku sekali-sekala. Dahla radio pun tak pasang sunyi betul. Pusing sana tak jadi, pusing sini pula tak kena.

Freen pov

Perempuan ni dah kenapa dok pusing-pusing. Is she feels uncomfortable with me? In my car? Or what? Tapi bukan semalam dia tidur siap berpeluk dengan aku ke...ehh...

"Ermm..are you okay? You need something?" Tanya ku.

Dia memandangku dengan tatapan tidak puas hati. Aku terkejut juga melihatnya seperti itu. What?

"Silence is too loud. Can you please turn on your radio, it's too bored right here. I need to tenangkan fikiran." Ujarnya lalu memeluk tubuh.

Oh jadi itu. Banyak cakap juga dia ni ye.

Akhirnya radio terpasang.

Author pov

Freen menghantar Becky sehingga ke kawasan perkarangan rumahnya. Mazda milik Freen melepasi security yang berjaga setelah melihat ada Becky di dalam sportcar itu.

Mansion milik keluarga Armstrong terlihat megah sekali. Sangat indah.

"Freen.."

"Hmm.."

"Selamat datang ke rumah keluarga saya, jom," pelawa Becky sambil tersenyum.

"Eh takpa, saya tolong hantarkan awak je." Tolak Freen dengan sopan.

"Tak baik tolak tuan rumah.."

"Err.."

Setelah berfikir panjang, Freen akhirnya menerima tawaran Becky yang sudah pun melangkah masuk ke dalam mansion milik keluarganya.

Saat melangkah masuk, Freen memberikan senyuman kepada pembantu rumah yang tolong membukakan pintu untuk Becky dan juga dirinya.

"Silakan cik."

Becky yang pada saat itu sedang berada di ruang tamu sambil menunggu Freen dikejutkan oleh kedatangan papanya yang turun dari tangga.

Just tell me you love meTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang