22

809 31 0
                                        

HAPPY READING SEMUA 🤍

Freen kini sedang berada di officenya, melaksanakan tugas sebagai seorang penggerak company. Rose turut berada bersamanya di ruangan itu, menunggunya selesai manandatangani usulan dan memeriksa hasil laporan dari pekerjanya.

"Rose, beritahu team Oaey supaya buat semakan sebelum menghantar apa-apa kepada saya. Suruh mereka tengok balik apa kesilapan yang mereka buat." Ujarnya.

"Baik Miss, akan saya laksanakan."

"Kalau ada apa-apa masalah report kat saya." Rose mengangguk lalu meminta diri untuk pergi.

Freen memejamkan matanya sebentar. Kerjanya banyak dan dia harus menyelesaikannya.

Becky.

Ya isterinya sudah sembuh beberapa hari yang lepas. Walaupun begitu, doktor menyarankan agar tidak terlalu bergerak bebas kerana lukanya masih basah. Nam sudah tentu ditugaskan untuk membantu dan menjaga isterinya ketika Freen bekerja.

Bagaimana isterinya sekarang? Seharian tidak melihatnya saja hatinya sudah terbelenggu dengan kerinduan. Apa sebaiknya dia menelefon? Ah lebih baik dia ke sana setelah ini.

Saat Freen berehat, telefonnya berdering.

Nam.

"Hello Nam.."

"Boss, Puan Becky pengsan!"

"What?! Okay tunggu saya datang!"

Tanpa berlengah lagi, Freen keluar dari ruangannya dalam keadaan yang tergesa-gesa. Urusan pejabat akan dikendalikan oleh Rose sekiranya terjadi urusan mendadak seperti sekarang.

'Ya Tuhan semoga isteriku baik-baik saja.' Doanya dalam hati tatkala dirinya memandu pulang ke mansion.

Tangannya mencari nombor doktor Noey. Ya dia adalah doktor peribadi mereka. Kedua orang tua mereka yang merekomenkan doktor itu kerana keluarganya pernah berkhidmat sebagai doktor kepercayaan di kedua orang tua mereka.

"Doktor, tolong segera datang ke mansion saya sekarang juga!"

"Baik!.."

Sebaik saja talian putus, Freen menekan pedal minyak. Dia tidak kesah sekiranya polis mengejarnya kerana menyalahi undang-undang jalan raya. Tujuannya sekarang hanya satu iaitu Becky.

____________


Mansion FreenBecky.

Freen keluar dari mazdanya dan menghempas pintu kereta tanpa peduli kerana yang dia risaukan sekarang ini adalah Becky, isterinya.

Doktor Noey juga sepertinya sudah sampai awal darinya. Namun dahinya berkerut saat dia tidak menemukan sesiapapun kecuali doktor itu.

"No one here.."

Freen melangkah ke bilik tidur jika isterinya berada di sana namun kosong. Kemana dia?

"Hey look what i found." Doktor Noey menghulurkan sekeping surat kepadanya.


[Meet me at Mezzaluna jika kau ingin bertemu dengan isterimu, Becky.]

Just tell me you love meTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang