31-the last

1.3K 53 4
                                    

HAPPY READING SEMUA 🤍

Becky pov

Aku berdiri di pantai ini dengan fikiran yang bercelaru. Kata-kata Freen tergiang-giang di kepala seperti sebuah kaset.

".....saya tahu kita memang sepatutnya meraikan our 1'st anniversary, tapi awak perlukan ketenangan dan lebih tepatnya di sini.."

"Ahh!" Aku buntu. Kepergian Dave membuat perasaanku kacau. Ombak kecil menyapa kaki terasa dingin. Mataku tertuju pada matahari yang hampir tenggelam.

Pemandangan sunset di pantai ini sangat cantik. Sekarang baru aku teringat rancangan Freen semalam, melihat sunset..berdua. Tapi lihatlah hanya aku yang berdiri di sini menikmati pemandangan itu. Salah, bukan sendiri..ada beberapa pasangan kekasih juga di sini dan ada yang membawa keluarga.

Tunggu.

Aku lupa sesuatu. Di mana isteriku? Dia tiada di belakang ku. Aku fikir dia akan mengejar ku ke sini tadi tapi tidak. Sedikit kecewa kerana biasanya dia akan datang untuk menyusul lalu menutur kata maaf atas kesilapannya. Tidak apalah biarkan saja, lagipula aku perlukan ketenangan.

Langit sudahpun gelap, angin mendayu menyapa tubuh. Aku tidak tahu sekarang pukul berapa. Telefonku juga tertinggal di kereta. Ah, ternyata aku sudah berjalan jauh tapi dimana Freen? Kenapa dia tidak mencariku? Bagaimana jika aku diculik orang? Tidakkah dia bimbang tentangku?

Melepas geram, aku berjalan pulang menuju ke mazda Freen. Kenapa dia membiarkan aku yang mencarinya pula? Seharusnya dia datang memujuk ku. Arhh..!

Pintu mazdanya terkunci dan telefon ku masih di dalam sana, bersama bakul makanan. Freen juga tiada di dalamnya. Kemana dia? Tanpa berlengah lagi, aku terus melangkah mencarinya di resort bahkan seluruh tempat itu. Jawapannya tetap tiada. Tidak mungkin dia pulang dengan teksi.

Kenapa aku tiba-tiba rasa bersalah?

Pencarianku masih tetap berlanjut. Aku ingin menelefonnya dengan meminta bantuan orang tapi nombornya saja aku lupa. Shit.

Oh. Ternyata di sini juga ada bar tapi sekejap, itu dia bukan? Aku sangat kenal belakangnya. Dan..ada wanita di sampingnya? Kepulan asap seperti keluar dari telingaku berterusan. Aku memanggilnya tapi dia tidak bertolehpun. Wanita itu, dia membuat hatiku sangat terbakar ketika dia berbisik di telinga isteriku. Hei, aku yang sepatutnya berada di situ. Dengan sedar aku mengejeknya seolah-olah Freen curang kerana tadi dia tidak bersamaku malah dengan orang lain.

Tapi, sekali lagi aku malu dengan diri sendiri. Aku menuduh isteriku yang bukan-bukan. Damn Becky.

Dia bangun.

Aku fikir dia akan menarik ku dan membawa ku pergi, tapi tidak. Rasanya sedih dan kecewa bila dia hanya melintasiku tanpa memberi sepatah kata seperti mengajakku, 'ayuh pulang.', 'ikut saya.', atau 'sayang, maafkan saya okay.'

Tidak ada. Dan sekarang aku yang mengejarnya. Ah, kenapa dia sangat laju? Tolonglah perlahankan sikit jalan tu.

Sehinggalah kami berada di bilik ini. Aku tahu hari ini adalah ulang tahun pertama untuk perkahwinan kami cuma semuanya seperti kacau setelah dari hospital.

Brakk!

Kenapa dia suka sekali buat aku terkejut?!

"Awak gila ke-.."

"I am not Becky!"

"Kalau saya gila pun, saya gila sebab cintakan awak faham tak!" Dia membentak ku.

Ya, bentakannya membuatkan ku sangat terkejut. Setahu aku, dia tidak pernah seperti ini. Pipiku mulai basah, aku tahu itu.

Just tell me you love meWhere stories live. Discover now