28

665 29 3
                                    

HAPPY READING SEMUA 🤍

Wanita ini menangis seadanya, meluapkan rasa sedih yang tak terhingga. Dia masih berada di dalam keretanya, belum beranjak keluar. Biarkan saja orang di sekeliling melihat ke arahnya. Mungkin mereka akan merasa pelik kerana mendapati seorang wanita menangis berteriak di dalam kereta mewah. Dia tidak peduli. Ayat yang dilontarkan oleh Freen terhadapnya pagi ini sangat menyakitkan membuat hatinya rasa disayat. Tidak bolehkah isterinya sedikit menghargai usahanya yang sanggup berulang-alik ke semua tempat demi mencarinya?

Awalnya tadi dia memang berniat untuk berbaik dengan Freen namun yang di sebaliknya yang terjadi. Kalau bukan saja dirinya yang memulakan pertengkaran itu, pasti mereka sekarang akan menghabiskan masa bersama seharian ini.

Matanya sembab, menangis dari malam semalam tiada hentinya bahkan di hari sebelumnya. 

"I am loving you babe.. aku dan Dave tidak mungkin bersama setelah apa yang dia buat..hisk.."

Kepalanya tertunduk dengan kedua tangannya berada si stereng. Sungguh dia rasa letih kerana menangis, tenaganya habis lagi.

Buat sementara waktu, Becky memilih untuk tinggal bersama orang tuanya. Ya, hanya itu solusi yang ia temukan. Kembali ke mansionnya dengan Freen mungkin akan menambah rasa sedihnya lagi. Dia ingin menenangkan dirinya sebentar setelah kekacauan yang ia buat pagi tadi.

Chankimha Company

"Baiklah terima kasih semua, kita set up lagi masa meeting ok."

Bilik mesyuarat terlihat kosong hanya tersisa dua orang, pemilik company dan juga setiausahanya. Rose yang sedari tadi memerhati bossnya seperti mengelamun terpaksa mengakhiri perjumpaan kali ini setelah berlangsung selama sejam. Freen terlihat tidak fokus dan tidak terlalu mendengar. Beberapa kali staffnya mengulang pembentangan serta menjelaskan sekali lagi laporan. Freen hanya memberi sedikit ulasan, tidak seperti sebelum ini.

"Boss? Is everything okay?"

"Hmm.." hanya itu sahaja.

Dari awal masuk hingga akhir, wanita itu hanya membolak-balikkan telefon. Dibuka tutup kembali.

Ya, Freen sedang dilanda kerisauan dan rasa bersalah. Di mana isterinya sekarang? Biasanya satu hari pun tidak pernah ada mesej terlewatkan tapi berbeza dengan hari ini. Lebih baik dia menghubunginya saja. Tapi tunggu..isterinya sedang bersama Dave, bukan? Tidak mungkin Freen ingin menganggu, siapa tahu kalau mereka lagi berduaan. Tapi, arhh..untuk apa peduli dengan semua itu, Becky adalah isterinya jadi sudah seharusnya dia merebutkan Becky kembali kerana dia yang punya hak di sini.

"Buatkan saya kopi, thank you." Rose mengangguk lalu keluar. Tidak perlu masa lama, dia pun kembali membawa secangkir kopi kemudian pergi lagi.

Kini jam sudah menunjukkan waktu petang. Selesai saja jam kerja, Freen terus keluar. Dia sempat singgah di kedai membeli milktea untuk isterinya sebagai tanda minta maaf. Setelah menganalisis semuanya, Freen tahu dia juga salah kerana cemburu tapi itu bukan yang sebenar, sebaliknya dia menghindari masalah ini minggu lepas. Dia rasa menyesal.

Sehari kemudian, Becky belum pulang. Freen tetap turun bekerja walaupun dengan hati yang gelisah. Milktea yang dibelinya semalam disimpan dalam peti sejuk. Seperti semalam, dia pulang cuma sedikit awal.

Just tell me you love meWhere stories live. Discover now