30

772 47 5
                                    

HAPPY READING SEMUA 🤍


"Emh.." Becky menggeliat. Matanya yang masih terasa berat pun perlahan terbuka. Ternyata hari masih malam. Dia meraba bahagian sisinya, tiada orang di situ. Ke mana isterinya?

Wajahnya mendadak berubah.

"Babe."

Tiada sahutan dan dia cuba memanggil lagi. Namun masih sama tiada yang menjawab. Becky tiada pilihan lain selain bangun untuk mencari isterinya itu. Dia menyarung baju tidur di badannya, tidak mungkinkan dia ingin papa dan mama melihatnya yang tidak berpakaian. Nanti apa yang harus ia jawab. Panas macam tu? Tidak bukan.

Kerana Freen tidak berada dalam bilik mandi, Becky memutuskan untuk turun saja. Tiba di dapur, dia dapat melihat belakang seseorang sedang menyelongkar kabinet. Sepertinya dia sibuk. Apa yang wanita ini sedang lakukan malam-malam begini?

"Dapat pun." Girangnya.

Becky perlahan mendekati lalu berdiri di belakang wanita itu sambil bersedekap dada. Freen sedang membuat air kopi, Becky dapat menghidu aromanya.

'Dia buat kopi panas rupanya.'

Setelah siap, Freen pun ingin menuju ke meja bar tetapi.....

"Opocot mak kau hijau! Astaga, sayang?!" Mukanya sudah berubah warna.

"What? Mak kau hijau? Babe, what did you say huh?" Becky naik hairan tiba-tiba mommy jadi hijau. Dia sebenarnya juga ikut terperanjat tadi disebabkan Freen yang melatah spontan.

"Awak ni, kenapa berdiri di situ? Awak tahu tak jantung saya ni berdegup nak mampus gara-gara fikir sayang ni hantu.." Freen menghembus nafas lega kerana dari tadi juga dia seperti merasakan sesuatu sedang memerhati gerak-gerinya. Dan ternyata lembaga yang memerhatikannya itu adalah isterinya sendiri. Ah, bikin exercise jantung saja. Freen pun duduk di mini bar itu lalu menghirup kopinya.

"Phi Freen buat apa malam-malam macam ni? Awak dah rasa okay? Sihat already?" Bertubi-tubi. Becky juga ikut duduk di sebelah sang isteri. Tangannya terangkat, memeriksa suhu badan Freen.

"Just a little bit sayang but don't worry okay." Freen menurunkan tangan Becky lalu dia menghirup kopinya lagi.

"Tadi awak boleh saja bangunkan saya untuk buatkan kopi. Babe, you have to rest enough." Tidak tipu, dia sangat risau apalagi Freen sedang demam.

"Sorry sayang tapi dah terlambat kita dah berada di sini. Lain kali ye." Freen merasa geram melihat pipi mulus sedikit tembam milik isterinya.

"You want?" Dia menawarkan kopinya. Becky menggeleng tidak mahu.

"If it's milktea then i will."

"Ahh sorry again baby, lain kali saya buatkan 100% gula tapi kena ingat utamakan kesihatan. Banyakkan minum mineral water."

"Okay babe..!" Becky menjawab dengan tangan kanan di dahi.

"Dah, lets sambung tidur. Pagi masih jauh."

Setelah sedikit berkemas, mereka pun naik masuk ke dalam bilik dan berbaring lagi. Mereka juga saling berpelukan seperti awal tadi.

Just tell me you love meWhere stories live. Discover now